Nuffnang

Isnin, 18 Mac 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Bukan Kekasihku – Syatilla Melvin | OHBULAN!

Posted: 17 Mar 2013 05:00 PM PDT

Screen Shot 2013-03-18 at 12.42.16 AMItulah antara kenyataan pelakon, Syatilla Melvin didalam sebuah temubual bersama tabloid tempatan.

Sebenarnya, tertarik juga OHBULAN! pada pendatang baru berusia 22 tahun ini yang sedikit demi sedikit meniti tangga didalam industri hiburan. Apa tidaknya, baru dikenali melalui drama 'BFF – Teman Tapi Mesra' serta drama 'Julia', pelakon berwajah jelita ini awal-awal lagi telah dikaitkan dengan pelakon berprofil tinggi, Shaheizy Sam.

Gosip mereka mula bertiup sekitar bulan November 2012 apabila Sam dilihat hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla iaitu Syafiqah Amirul Melvin di Parit Buntar, Perak.

Namun, bekas peserta Dewi Remaja ini menafikan gosip tersebut dan memberitahu dia tidak selesa dengan khabar angin yang bertiup.

"Saya tidak selesa bercakap hal itu. Saya tidak mahu memperbesar-besarkan perkara yang tidak ada. Pada mulanya gosip itu kelihatannya seperti usikan biasa buat saya. ?

Namun apabila kerap diasak persoalan yang sama setiap masa, saya sudah mula rimas. Lebih teruk lagi apabila orang di luar seolah-olah mempercayai kami ada bercinta." – dipetik dari Utusan Malaysia

Baguslah kalau begitu, walau masih muda, Syatilla mampu berfikir dengan rasional. OHBULAN! sentiasa berharap bakat-bakat baru seni lakonan mampu menjadi pengganti pada lagenda-lagenda dan pelakon veteran yang lain. Bukanlah penuh dengan gosip sahaja. Betul tak?

Tags: , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan