Nuffnang

Isnin, 18 Mac 2013

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


<b>Ramlah Ram</b> Berserah Soal Jodoh | MyNewsHub

Posted: 20 Feb 2013 01:23 AM PST


Setelah hampir tiga tahun bergelar janda, penyanyi, Ramlah Ram, 47, mengatakan dia kini lebih senang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Bercakap kepada MalaysianDigest, Ramlah berkata, "bukan kata sudah serik (kahwin semula) cuma saya tak nak fikirkan.  Kalau ada, adalah.  Siapa kita untuk kata tidak kalau esok lusa ada jodoh baharu pula".

Rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bersama bekas suaminya, Kamal Roslim, seorang penerbit sukan RTM itu musnah apabila mereka bercerai pada 20 Mei 2010.

Pasangan itu telah dinikahkan pada 3 November 2000 di Muar, Johor.

Ramlah turut menjelaskan dia sikit pun tidak terganggu dengan status yang digalasnya itu.

Sebaliknya, kehidupannya kini membolehkan dia memberikan tumpuan penuh pada kerjaya dan keluarga.

Semoga Ramlah bahagia dengan kehidupannya barunya dan diharapkan 'comeback'nya dalam bidang seni suara kembali menjadi fenomena seperti di zaman lagu popularnya, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dulu.

Oleh: JULIANA JOHAR

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan