Fizz Fairuz - Google Blog Search |
<b>Fizz Fairuz</b> Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya <b>...</b> Posted: 13 Feb 2013 10:02 PM PST Ramai yang terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, dan nyata ia mengejutkan Almy Nadia yang hanya mengetahui tentang perkara tersebut melalui Internet.
Mungkin anda pernah dengar tentang hadith yang menyatakan Rasulullah menyatakan 'rahsiakan pertunangan', namun ahli agama Islam sepakat yang hadith tersebut dhaif, oleh sebab itu perkara itu perlu dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat. Akashah juga turut memberikan pendapat tentang perbuatan Fizz yang menyarung sendiri cincin ke jari tunangnya.
Dalam pada itu, ramai wakil media yang telah cuba menghubungi Fizz untuk mendapatkan penjelasan beliau sendiri tentang pertunangannya, namun panggilan dibiarkan tidak berjawab walaupun diterima oleh telefonnya. Dia juga dikatakan tidak membalas SMS dari wakil-wakil media. Ramai peminat menganggap perbuatan Fizz tidak jujur, terutamanya kepada Almy Nadia, sedangkan pada November lepas Fizz mengakui hubungan mereka tetap baik sahaja. Fizz juga dinyatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangannya boleh 'bocor'. Itu yang membuatkan kami tidak percaya: bagaimana dia tidak percaya berita pertunangannya boleh 'bocor', kerana hampir tidak ada apa-apa yang dapat disembunyikan dalam dunia digital, di mana semua orang ada akses untuk merakam dan menyebarkan setiap detik dalam hidup mereka melalui media sosial, apatah lagi majlis pertunangan seorang selebriti. Mungkin seseorang perlu beritahu Fizz, ini bukan lagi dekad 90-an. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan