Nuffnang

Ahad, 17 Mac 2013

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Hiburan : Gambar - <b>Juliana Evans</b> Ucap Tahniah Kepada Zizan Dari <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 09:37 PM PST


Seperti yang kita ketahui selepas hubungan percintaan antara pelakon dan pelawak, Zizan Razak dengan Juliana Evans tidak kesampaian, mereka dikhabarkan masih berkawan baik.

Oleh itu, baru-baru ini apabila mendapat tahu yang Zizan dan rakannya di dalam program Maharaja Lawak Mega 2012, Johan berjaya menjadi juara bagi program itu, Juliana ada mengirimkan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zizan dengan ucapan tahniah.
Menurut Zizan yang dipetik dari Rotikaya, walaupun ketika ini Juliana atau lebih mesra dipanggil Jue sedang melanjutkan pelajaran University of Michingan, USA namun dia tidak lupa untuk menyampaikan ucapan tahniah.
"Walaupun Jue tinggal di sana (USA) namun dia tidak lupa untuk mengucapkan tahniah sejurus selepas kemenangan saya di MLM (Maharaja Lawak Mega) baru baru ini," kata Zizan.
Tambahnya, hubungan dia dan Jue masih berkawan baik seperti biasa cuma jadual yang bercanggah membuatkan masing-masing agak sibuk.
"Saya pun tak tahu waktu tepat di sana sebenarnya, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing dan kami memang dah merancang untuk keluar bersama jika balik ke Malaysia jika ada kelapangan," katanya ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan