Nuffnang

Ahad, 17 Mac 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.B – Perak Today

Posted: 27 Feb 2013 09:05 PM PST

Pelakon Shaheizy Sam, 30, bertekad untuk mengurangkan aktiviti lakonannya tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap penubuhan semula kumpulan rapnya dahulu iaitu M.O.B.

Menurut Sam, dia bersama tiga anggota kumpulan yang lain iaitu Syed Hussein @ Sein, Shear Khan dan Haziman Ramli kini sudah pun merakam semula tiga buah lagu lama kumpulan tersebut.

"Sudah lama kami berbincang untuk aktifkan kembali kumpulan M.O.B ini tapi masa saya yang tidak mengizinkan. Jadi tahun ini saya nekad untuk kurangkan sedikit aktiviti lakonan.

"Kalau diikutkan antara nyanyian dan lakonan sudah tentu jiwa saya kuat kepada bidang nyanyian sejak dari kecil lagi," katanya kepada mStar Online.

Jelas Sam, dalam album tersebut juga nanti dia akan tampil dengan sebuah lagu duet bersama kakaknya, Zizie Ezzete iaitu Bicara Cinta.

Shaheizy Sam (dua dari kiri) pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal pada Selasa.
Bagaimanapun Sam menafikan dia merajuk atau kian bosan dalam bidang lakonan sehingga mahu bergelar penyanyi.

"Saya tidak merajuk, cuma saya rasa sudah sampai masa untuk saya untuk kembali semula dalam industri muzik pula.

"Ini semua kerana minat yang mendalam, lagi pula saya rasa beberapa tahun ini saya sudah terlalu sibuk dengan berlakon dan kumpul duit," katanya.

Sam juga menganggap kemunculan semulanya dalam industri muzik tanah air adalah sebagai penyeri dan tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan rap tanah air.

"Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi kerana projek ini hanyalah suka-suka dan sekadar melepaskan rindu saya dalam nyanyian," katanya.

Dalam pada itu, Sam bakal muncul dengan tiga buah filem pada tahun ini iaitu Kisah Paling Gengster, Dua Kalimah dan Adnan Sempit 2.

-mStar

<b>Shaheizy Sam</b> Mahu Anak Yang Ramai | MyNewsHub

Posted: 04 Jan 2013 12:53 AM PST


KUALA LUMPUR – Pelakon lelaki kacak, Shaheizy Sam mengakui mahukan anak-anak yang ramai dalam perkahwinannya nanti walaupun belum bertemu jodoh ketika ini.

Shaheizy yang mesra dipanggil Sam tidak meletakkan sasaran umur untuk berkahwin walaupun usianya sudah menjangkau 30 tahun.

Justeru, usia yang kian menginjak naik itu membuatkan Sam berasa mahu berkahwin pada tahun ini.

Tetapi, dia sendiri tahu sikapnya yang agak cerewet dalam memilih pasangan hidup menyebabkan dia masih lagi tidak bertemu pilihan hati walaupun Sam sendiri mempunyai ramai teman dari kalangan wanita.

"Tahun ini, memang saya ada rasa nak berkahwin dan seterusnya memiliki anak yang ramai. Biar 12 orang sekali pun saya tak kisah, jika itulah rezeki saya. Lagipun saya memang suka melayan kerenah kanak-kanak.

"Cuma, sehingga kini saya sekadar berkawan saja dengan wanita, serta belum berkenan dengan mana-mana daripada mereka. Mungkin sikap cerewet saya membuatkan jodoh saya lambat," kata Sam yang dipetik dari laporan Berita Harian.

Lumrah untuk setiap manusia, memiliki pasangan dan keinginan untuk berkahwin pastinya perkara yang diinginkan dalam hidup masing-masing.

Perkara itu juga difikirkan oleh Sam dan bagi Sam, dia mempunyai ciri-ciri wanita yang tertentu untuk dilihat sebelum menyunting untuk dijadikan sebagai isterinya.

"Bukan apa, saya inginkan wanita yang tidak suka memaksa, sebaliknya membuatkan saya sentiasa tenang.

"Kurang provokasi dan memberi ruang untuk saya berfikir dalam membuat keputusan. Saya mahu ibu yang baik dan penyayang untuk anak-anak saya nanti. Semua ciri itu belum saya temui setakat ini," terang Sam.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan