Nuffnang

Khamis, 7 Mac 2013

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


iHeart : <b>Hujan</b> | Diyana Heart Faiz

Posted: 17 Jan 2013 09:44 PM PST

A kitten attempting to attack the rain drops on the window.

Musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur di Malaysia sekarang ini mengingatkan aku fenomena yang pernah melanda di SDK pada 2012 pada musim Tahun Baru Cina di mana banjir yang teruk telah berlaku tanpa ramalan oleh pengkaji cuaca di Malaysia. Dan ini mengingatkan aku juga pengalaman Cikgu Bebiri bercuti di SDK pada masa itu yang membuatnya dapat merasa mandi air hujan kerana ketiadaan air di rumah Panda dan satu-satunya air yang boleh digunakan untuk mandi adalah air hujan (mujur musim hujan masa tu kan?).

Dan ini juga mengingatkan aku pada Ain yang mengikuti program sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor. Seronok dia bercerita kepadaku tentang aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh sukarelawan UPM bagi membantu mangsa banjir. Tidak pastilah 2013 macam mana pula sebabnya tahun ini dia nampaknya sibuk dengan tugasan tahun ke-3 UPM.

Apa-apa pun aku mengucapkan takziah dari kejauhan untuk mereka yang terlibat dengan banjir terutamanya di Terengganu. Harapnya musim tengkujuh begini dapatlah menjaga diri kerana air kalau sedikit memang kawan tapi kalau banyak (bah), sudah jadi musuh tu. Berhati-hatilah ya?

Apa yang aku suka tentang hujan adalah, selepas hujan nantu akan ada pelangi muncul. Kadang-kadang jelas, tapi kadang-kadang berbalam-balam. Dan kalau bernasib baik akan nampak dua lapis pelangi. Aku suka warna-warna pelangi tu (7 warna). Warnanya menceriakan suasana sedih dan muram selepas hujan dengan kemunculan matahari. Cantik kan?

Dan pelangi mengingatkan aku pada persembahan AJL (Anugerah Juara Lagu) ke-27 anjuran TV 3 baru-baru ini di mana Stacy dengan lagu Pelangi senjanya cuba menggunakan warna-warni pelangi pada pakaiannya tapi sayangnya tidak dapat menangkap hati para juri untuk mengundinya sebagai Persembahan Terbaik malam tu. Tidak mengapalah Stacy, yang penting kamu sudah lakukan yang terbaik (menjadi finalist pun sudah satu pencapaian yang bagus juga kan?).

Dan pada musim-musim hujan sebeginilah payung amatlah mustahak untuk dibawa ke mana-mana (standby dalam kereta atau handbag). Dan dengar ramalan kaji cuaca tu. Yelah, boleh buat persiapan awal-awal. Bukan apa, masa hujan macam ini ramai orang akan sakit (tak kira tua atau muda) dan tak peliklah kalau masa ini klinik-klinik akan penuh sokmo dengan pesakit tidak mengira waktu. Apa mahu buat, waktu beginilah para doktor hendak mencari rezeki. Kalau tidak hujan, tiada penyakit, tiadalah income. Ops, jangan marah ya para doktor di luar sana. Bergurau saja.

Orang kata hujan ni pembawa rahmat, sebab itulah tidak pelik kalau ada orang yang menamakan anak mereka dengan nama bermaksud hujan (tidak kiralah mana-mana bahasa pun). Dan aku pun rasa yang pakai nama hujan adalah orang yang bertuah memandangkan Kumpulan Hujan di Malaysia dan penyanyi Korea; Rain sangat popular dan banyak memenangi anugerah dalam bidang musik. Jadi, tak mustahillah kan nama ini ada "luck". Tapi, kalau setakat "luck" sahaja tanpa usaha, susah juga nak berjaya kan? Hehehe…

Jadi kalau aku letak nama "HUJAN" pada Jr, agak-agaknya terperanjat tak family aku dan FG? Yelah, macam pelik pula rasanya kan? Hahaha… Jangan-jangan, nanti kena karate aku nanti.

Favim.com-37254_large

Pssst… Teringat masa hujan aku suka buat kapal kertas dan main di kawasan air yang menurun dan lari ikut kapal kertas sambil bawa payung. Yelah, main hujan nanti kena sebat pula jadi nak main boleh tapi kena pakai payung. Hahaha…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan