Nuffnang

Khamis, 7 Mac 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Kontroversi Gambar, <b>Remy Ishak</b> Mengaku Keluar Bersama Maya <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 05:27 PM PST

Remy Ishak

Susulan daripada penyebaran foto-foto percutian antara Remy Ishak dan Maya Karin di Internet baru-baru ini, pelakon tersebut telah menafikan sebarang spekulasi yang mengaitakn dirinya bersama aktres jelita tersebut.

"Gambar itu diambil sewaktu kami berada di Imbak Canyon. Sabah. Pada waktu itu kami dijemput oleh Yayasan Sabah untuk mengikuti aktiviti mereka.

"Kami mempunyai minat yang sama, iaitu suka lakukan aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki bukit, jungle tracking dan sebagainya.

"Buat masa ini kami memang rapat sebagai kawan. Tapi untuk masa akan datang saya tak tahu macam mana. Kami memang ada keluar bersama dan bagi saya itu perkara normal. Tak ada apa-apa pun."

Selain itu, Remy turut mengaku sukar untuk mengawal kontroversi yang melanda dirinya dan hanya mampu berserah.

"Susah nak kawal kontroversi sebab masalah itu bukan saya yang cari, tapi dia datang sendiri. Oleh itu, saya hanya mampu bersikap positif sahaja.

"Kalau boleh kita pun tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan dan saya akan cuba untuk tidak mewujudkan sebarang situasi yang tidak elok.

Remy akui sikap berdiam diri yang diamalkan olehnya juga adalah salah satu punca yang mengakibatkan orang sekeliling bercakap yang tidak elok mengenai dirinya.

"Saya tak nafikan, memang ada orang salah faham tentang diri saya sebab saya suka berdiam diri. Kalau nak tahu, saya memang macam ini. Hakikatnya saya seorang yang pendiam dan tak banyak cakap.

"Kalau saya rasa nak bercerita, saya akan cerita. Tapi kalau saya rasa nak berahsia, semua orang kena hormatilah keputusan itu."

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan