Nuffnang

Khamis, 7 Mac 2013

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Susah Berlakon Dengan Remy Ishak - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 04:37 PM PST

Umum mengetahui kisah percintaan bintang Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sudah pun berakhir beberapa bulan lalu. Tiz pun nampaknya sudah pun menemui pengganti Remy. Ketika bertemu dengan Tiz Zaqyah di Majlis Pratonton Drama 'Cinta Jangan Pergi' di e@Curve pada Rabu, pelakon popular ini sempat memberi komen tentang kehidupan peribadinya kini.

"Saya akui sudah punya teman lelaki seperti yang peminat boleh lihat di laman Instagram. Dia merupakan rakan sekolah saya sejak dari tingkatan dua. Dia seorang yang memahami dan saya selesa bersamanya," ujar Tiz yang sudah dua bulan berkawan  rapat dengan jejaka yang berkerja dalam bidang Teknologi Maklumat itu.

Biarpun begitu, Tiz memberitahu dia tidak menolak seandainya jodohnya bersama rakan artis juga. Menurut Tiz, perasaan dan keadaan bercinta sesama rakan artis dan orang biasa adalah sangat berbeza.

"Memang lain bila kita bercinta dengan rakan artis dan juga orang biasa. Apabila dengan orang biasa ini, perhatian yang diberi orang terhadap hubungan kami pun kurang," ujar gadis yang sedang bercinta dengan jejaka bernama Daniel Haziq.

Gadis berusia 25 tahun ini turut menambah tidak akan menjalinkan sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan dalam masa terdekat ini. Menurut Tiz, karier dan kerjaya sebagai anak seni menjadi fokus utamanya sekarang.

Tiz bakal muncul dalam buah tangan terbaru Kabir Bhatia, 'Cinta Jangan Pergi' yang akan bersiaran bermula April ini di saluran televisyen TV9. Kali ini Tiz sekali lagi bergandingan dengan bekas kekasihnya sendiri, Remy Ishak. GUA difahamkan mereka baru sahaja berpisah sewaktu menjalani pengambaran drama ini.

"Tipulah kalau saya kata mudah apabila kena berlakon dengan dia (Remy Ishak) selepas kami berpisah. Tapi atas dasar kerja dan profesional, kami lakukan juga demi tugas dan untuk pastikan hasilnya memuaskan," jelas Tiz.

Selain drama ini, Tiz juga sibuk menjalani pengambaran 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', drama adaptasi sebuah novel gandingannya bersama Izzue Islam untuk slot Zehra, TV3. Dalam masa yang sama, Tiz juga akan muncul dalam siri 'Oh My English' sebagai Cikgu Ayu. Kata Tiz lagi, beliau cukup seronok menjalani pengambaran siri berkenaan.

Tiz yang memegang watak Lea Soraya dalam drama 'Cinta Jangan Pergi' ini turut berkongsi pengalaman manisnya berada di United Kingdom dan Paris semasa menjalani pengambaran drama berkenaan. Antara cabaran yang terpaksa ditempuhinya adalah memakai baju nipis untuk disesuaikan dengan kehendak watak sedangkan cuaca di sana sangat sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan