Nuffnang

Khamis, 7 Mac 2013

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Alyahya</b> Nafi Guna Pengaruh Suami - Gua.com.my

Posted: 03 Feb 2013 08:00 PM PST

Dalam kegembiraan dipilih untuk mengendalikan program carta lagu tempatan popular, Muzik Muzik musim ke-28, pelakon serta pengacara, Scha Alyahya dihimpit dengan kata-kata sinis segelintir pihak apabila ada yang mengatakan pemilihan Scha dibuat atas bantuan suaminya, Awal Ashaari.

Perkara ini mula dibangkitkan memandangkan penerbit program Muzik Muzik 28, Azman Ghaffar merupakan bekas penerbit 'Melodi'iaitu program yang dihoskan oleh Awal sekarang dan disebabkan itulah, Scha kononnya dengan mudah dipilih menjadi hos Muzik Muzik 28.

Ketika ditemui di majlis sidang media Muzik Muzik 28 baru-baru ini, Scha bagaimanapun tidak terkejut dengan perkara tersebut kerana dia sudah menjangka pemilihannya itu akan menjadi isu.

"Saya tanya juga kepada Awal adakah dia yang menjadi orang tengah, namun dia kata dia tidak cakap apa-apa mahupun terlibat mengenai pemilihan saya untuk program ini. Bukan dia yang beri idea atau cadangkan nama saya untuk menjadi hos program ini," ujar Scha ketika menjelaskan isu yang dibangkitkan.

"Saya juga seperti orang lain dipanggil untuk sesi pemilihan dan Alhamdulillah, saya diberi rezeki untuk mengacarakan program ini. Saya ambil masa agak lama juga untuk buat keputusan sama ada mahu menerima tawaran ini atau tidak. Akhirnya, saya sambar peluang yang diberi kerana yakin bukan semua orang boleh dapat peluang sebegini.

Lagipun tahun lepas saya memang dah niat untuk tahun 2013 ini saya nak cuba dalam bidang pengacaraan pula. Alhamdulillah, apabila dapat mengendalikan Muzik Muzik 28, saya boleh belajar sekaligus meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang pengacaraan , " ujar Scha lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai pemilihannya dalam program ini, Scha memberitahu Muzik-Muzik 28 adalah program pertamanya bersama Media Prima Berhad selepas tidak lagi terikat dengan Astro.

"Program Muzik Muzik 28 merupakan program pertama saya bersama Media Prima Berhad memandangkan saya kini bukan lagi 'Wajah Eksklusif Astro'. Kontrak saya sudah tamat tahun lalu dan saya kini bebas bergerak ke mana-mana sahaja.Bagi saya, tugas pengacaraan Muzik-Muzik 28 adalah satu tanggungjawab yang sangat berat dan saya akan cuba perbaiki cara pengacaraan saya dari masa ke semasa. Saya akan pelbagaikan karakter dan cuba memberikan kejutan pada setiap minggu. Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin dan harap penonton dapat terima kehadiran saya dan AG," ujar Scha.

Bagi penyampai radio Hot FM, AG, pula, dia mengharapkan gandingannya bersama Scha boleh diterima peminat dan berharap dia dan Scha boleh berikan yang terbaik.

"Ini merupakan satu pengalaman baru dan gandingan sulung antara saya dan Scha. Masing-masing baru belajar dalam program Muzik Muzik dan harap kami dapat bagi yang terbaik. InsyaAllah, jika ada masa terluang kami akan cuba bina 'chemistry' antara kami untuk memantapkan lagi program ini," ujar AG.

Masih mengekalkan carta 20 lagu terbaik serta pencalonan lagu-lagu baru setiap minggu, program berkonsepkan infotainment ini kini dimantapkan lagi dengan beberapa segmen baru seperti Buzz Buzz, HOT dan Gosip Fifi. Muzik Muzik 28 akan disiarkan pada setiap Sabtu jam 5.00 hingga 6.00 petang hanya di TV3. Penonton juga boleh menyaksikan program ini di laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Komen