Nuffnang

Sabtu, 27 April 2013

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2013 09:43 AM PST


<b>Arja Lee</b> mahu jadi penyanyi

Posted: 16 Dec 2012 03:19 AM PST

Pelakon filem …. Dalam Botol, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli bakal muncul dengan sebuah single tidak lama lagi.

Lagu itu diberi judul Cerita Pada Mereka, lagu ciptaan komposer Keroz Nazri.

"Single itu bukan kerana syok sendiri tetapi dilakukan atas keyakinan sendiri apatah lagi bermulanya saya dalam dunia hiburan adalah sebagai seorang penyanyi.

"Untuk lagu itu pun saya sudah melakukan yang terbaik dengan rencah bukan melakukan apa yang kita sendiri suka, tetapi apa yang orang mahu," kata Arja Lee.

Bidang nyanyian bukan asing buat Arjee Lee kerana sebelum ini dia pernah menyertai rancangan realiti Gangstarz dan Akademi Fantasia 6.

Arjee Lee juga pernah telibat dalam beberapa pementasan muzikal di Istana Budaya. Walaupun sibuk dengan single pertamanya itu, Arja juga sedang mencari bahan untuk hasilkan 2 buah lagu lain.

hi 01.2 Arja Lee mahu jadi penyanyi

Gambar Arja Lee kredit kosmo

pixel Arja Lee mahu jadi penyanyi

<b>Arja Lee</b> Berbogel | Kan Dah Kena Tegur dengan Menteri, Lu <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2010 09:00 AM PDT

Selingan di tengah malam , terbaca kisah Menteri Tegur Arja Lee Berbogel di Mstar :

 Ulasan MStar :

" Akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan dalam Sunday Star, Ahad lalu melaporkan, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli yang memegang watak transeksual bernama Ruby dalam filem itu sanggup berbogel untuk memastikan lakonannya lebih realistik.

Kata Arja, keputusan berbogel itu dibuat selepas dia tidak berpuas apabila wataknya yang sedang mandi itu tidak kelihatan sempurna ketika dia memakai seluar dalam.

"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak "anu" saya kerana saya sudah "menyembunyikannya"," katanya dalam akhbar itu.

Sementara itu penerbit filem berkenaan Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem itu adalah untuk berdakwah kerana …Dalam Botol memberi mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan dalam bentuk filem."

 

Akhirnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan meminta pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau dan mengambil tindakan yang bersesuaian sama ada dalam bentuk peringatan atau dalam bentuk lain kepada pihak terbabit.

 

Komen Peribadi : Dussh, dah berani berbogel dalam filem pula?  Alasan berdakwah? Apa pula lepas ini? Adegan Seks  untuk nampak lebih real dan melariskan filem? Ataupun Filem ini diadaptasikan dari kisah benar Ariel Peterpan, Luna Maya, Cut Tari and the Gang. Lepastu letak remark " Untuk tontonan 18 tahun ke atas saja". Umm, Malaysia Boleh, Bola Tak Boleh Ah Moi Boleh.

 

Dalam Botol, anu sudah disorokkan ianya tersembunyi

Memberi alasan mudah sekali

Nampak tak nampak tolak ke tepi

Publisiti yang dicari untuk melariskan filem kali ini?

 

Hik3, sorry merapu pula malam-malam begini. Yang berbogelnya lelaki, kalau wanita, tentu dah hangat kan dan sure sibukla Pakcik Google buat kerja.

 

P/s : Lu Fikirla Sendiri. It's take a small step to make a bigger step. Faham-faham la ya.

 

P/s/s : Azharudin Ramli ni adik beradik Azhar Ramli @ JAI ke? Fuhh, famousla bro JAI lepas ni. BeautifulNara pun tak boleh cari makan la camni. Hik3, gurau je bro.

 

P/s/s/s : Apa pula pandangan anda? Boleh terima ke alasan tu?

Azmeer, <b>Arja Lee</b> Terima Ijazah USM – Perak Today

Posted: 21 Sep 2012 08:22 PM PDT

Komposer terkenal Azmeer dan pelakon Arja Lee berasa gembira apabila mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM) selepas berhempas-pulas selama tiga tahun.

Menceritakan antara rintangan yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi pelajar, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik berkata, beliau terpaksa berjauhan daripada keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

"Saya seperti pelajar-pelajar lain tinggal di asrama kerana perlu menghadiri kelas setiap hari. Cuma pada hujung minggu saya balik ke Shah Alam.

"Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah," katanya selepas sidang keenam konvokesyen ke-46 USM di sini, pada Jumaat.

Azmeer menerima kucupan tahniah daripada dua anaknya Afrisya Adlina (kiri) dan Alani Marrisya, sambil diperhatikan isterinya Azira Azid selepas majlis konvokesyen.

Azmeer yang ditemani isteri Azira Azid dan dua anak perempuan mereka, Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran.

"Terima kasih kepada USM kerana memperkenalkan Program Pengajian Warga Budaya dan ini adalah peluang untuk golongan artis seperti kami melanjutkan pelajaran," katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Seorang lagi artis yang turut menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli, 29.

Arja dan kakaknya Lin Ramli serta ibu mereka Salmah Aziz memerhatikan ijazah yang diterimanya.

Arja berkata, ijazah itu merupakan hadiah paling bermakna kepadanya dan keluarga.

Ditanya mengenai rancangan masa depan, Arja berkata, dia akan menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan sebelum merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Hari ini dua siswazah sulung program ini telah berjaya memperoleh ijazah dan ada enam lagi pelajar Warga Budaya sedang mengikuti pengajian. Kita percaya usaha USM ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara," katanya.

- BERNAMA

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2013 09:46 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2012 09:25 AM PST


Telefilem Di Mana Ku Cari Ganti Lakonan Faezah Elai dan <b>Arja Lee</b>

Posted: 28 Nov 2012 07:12 PM PST

Slot Tribute P.Ramlee : Telefilem "Di Mana Ku Cari Ganti" Papar Kisah Cinta Suami dan Isteri

Di mana kan ku cari ganti, Serupa dengan mu, Tak sanggup ku berpisah, Dan perhati patah, hidup gelisah… itulah antara bait bait lagu bertajuk Di Mana Ku Cari Ganti gubahan dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Ibu Mertua Ku.

Keindahan lagu tersebut memberi inspirasi bagi pengarah tersohor Osman Ali yang mengadaptasikan lirik lagu Di Mana Ku Cari Ganti kepada sebuah telefilem menerusi Slot Tribute P.Ramlee.

keserasian Arja Lee dan Faezah Elai terselah di dalam Telefilem Dimanakan Ku Cari Ganti

Minggu ini tajuk 'Di Mana Ku Cari Ganti' menerusi slot Tribute P.Ramlee bersiaran pada 2 Disember ini, hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran TV1.

Telefilem lakonan Faezah Elai, Arja Lee, Farah dan Mislina Putera ini mengisahkan kisah cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya yang telah meninggal dunia akibat tergelincir jatuh ketika membasuh kain. Ketika itu isterinya, Chah sedang mengandung anak sulung mereka.

Kejadian 6 tahun yang lepas benar-benar menghantui fikiran Azhar. Setiap hari Azhar tidak dapat melupakan isterinya. Kehidupan yang dilalui Azhar amat sunyi dan penuh kesedihan. Hanya potret isterinya menjadi kenangan bagi mengubati rindunya terhadap isterinya yang telah pergi. Kini anaknya Amira permata hatinya dan peneman sejati dikala sunyi. Amira terlalu rindukan ibunya, sebagai anak, dia ingin belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Naun, Azhar tidak mampu untuk mengubah takdir yang Esa dan hanya mampu berserah pada ketentuanNya.

Pada suatu petang Amira bersiar – siar di pusat membeli belah. Amira telah bertemu dengan seorang wanita , wajahnya saling tidak tumpah seperti ibunya. Amira beranggapan bahawa wanita tersebut adalah ibunya yang tidak pernah dijumpainya. Fatin, berasa terkejut apabila disapa oleh Amira.

Setelah memeluk Amira, Fatin merasakan sesuatu yang aneh terhadap kanak-kanak kecil ini. Naluri keibuan mengalir dalam dirinya tatkala bertemu dengan Amira. Dia merasakan sesuatu yang amat istimewa terhadap Amira.

Apabila pulang ke rumah Amira menceritakan kejadian tersebut kepada ayah, nenek dan datuknya. Azhar tidak mempercayai kata-kaat Amira. Manakala nenek dan datuknya mual berasa hairan dengan sikap Amira yang selalu menyebut nama Fatin yang disangka ibu kandungnya. Bagi Azhar, Chah tidak mungkin kembali, yang pergi tetap pergi. Chah isterinya tidak mungkin di cari ganti.

Namun, sejauh mana kebenaran akan kewujudan Fatin yang selama ini menjadi bayangan Chah kepada Azhar dan Amira? Mampukan cinta Azhar di cari ganti ? saksikan kesudahan kisah ini dalam Di Mana Ku Cari Ganti.

Gandingan mantap lakonan dari Faezah Elai dan Arja Lee pada 2 Disember ini, Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV1.

Nantikan banyak lagi telefilem menarik mengisi slot sama selepas ini termasuklah Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Titisan Kasih (Rashid Sibir); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima) mengisi slot sama menampilkan pengarah-pengarah terkenal tanah air yang akan berentap untuk menghasilkan karya terbaik mereka pada Malam Anugerah P.Ramlee dijangka berlangsung tahun depan.

Penghasilan 10 telefilem mengisi slot Tribute P.Ramlee memaparkan plot cerita dan tajuk yang diolah daripada tajuk lagu dan senikata lagu yang pernah dicipta dan dinyanyikan legenda perfileman negara itu.

Amirah berjumpa dengan wanita yang wajah mirip arwah maknya.

antara aksi Faezah Elai di dalam Dimanakan ku Cari Ganti0

Antara babak babak sedih di dalam telefilem ini.

kerana kasih kepada anak.

lakonan mantap Farah dan Mislina Mustafa

Percintaan Chah dan Azhar yang bermula dari seorang kawan sehingga ke akhir hayat.

scene yang menyentuh jiwa

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan