Nuffnang

Sabtu, 27 April 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Tak Minat Lady Gaga - Gua.com.my

Posted: 26 Apr 2013 01:03 AM PDT

Gaya pemakaian Didie Alias sering kali mendapat perhatian ketika berjalan di karpet merah majlis-majlis hiburan. Mengekalkan 'tahta' bagi kategori Pelakon Wanita Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie sekali lagi mencuri perhatian dengan busana pelik dan agak keterlaluan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa busana yang digayakan oleh Didie itu adalah hasil rekaan pelajar jurusan fesyen dari Kolej Komuniti. Didie memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk menghasilkan  busana bertemakan 'Ledakan Geometri' yang akan dipakai olehnya di malam kemuncak ABPBH 2012 serta di setiap siri jelajah ABPBH 2012.

Didie bercerita idea untuk muncul lain daripada yang lain tercetus lima tahun lepas ketika pertama kali dicalonkan untuk ABPBH yang mana dia memakai kostum yang dipakainya untuk drama 'Jidin' ke majlis tersebut. Dia dikecam dengan pelbagai komen namun ada juga yang memberikan kata-kata positif kepadanya.

"Perkara yang tidak dirancang itu terjadi kerana saya tiba-tiba mendapat idea untuk menggayakan kostum daripada drama tersebut ke ABPBH yang bertemakan 'Cetusan Warna' pada tahun 2009. Memang banyak reaksi yang diterima tetapi kita memang tak boleh nak tutup mulut orang. Biarkan saja mereka bercakap asalkan tak menyentuh keluarga saya," ujar Didie ketika dihubungi GUA baru-baru ini.

Tambah Didie lagi, biarpun fikirannya sedikit terganggu kerana dihentam teruk oleh pelbagai pihak, namun dia mengambil nasihat suaminya supaya tidak tidak mempedulikan kata-kata kecaman yang dilemparkan kepadanya. Malah, ibu kepada lima orang cahaya mata ini juga turut mendapat sokongan daripada anak-anaknya kerana mereka memahami kerjaya ibu mereka.

"Saya tidak begitu meminati Lady Gaga namun menyukai fesyen yang digayakan olehnya serta keberanian yang dimiliki olehnya untuk memakai kostum-kostum tersebut. Tidak semua akan diambil kerana apa yang positif kita jadikan sebagai rujukan," ujar Didie yang tidak pernah berasa rimas dengan solekan mahupun busana yang digayakan.

Selain berlakon dan mengacara, Didie juga mencuba bakat dalam bidang nyanyian apabila merakamkan sebuah single bersama kumpulan Max 24: 7.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan