Nur Fathia - Google Blog Search |
<b>Nur Fathia</b> Mengaku berkawan VIP | Terengganu Today Posted: 24 Apr 2013 12:04 AM PDT Dia hadir dengan pakej lengkap dengan hasrat 'menjual' bakat besarnya dalam bidang lakonan. Sayangnya, ramai yang lebih mengenali pelakon jelita Nur Fathia kerana gosip cintanya dengan golongan VIP berbanding perkembangan karier seninya. Itukah harga perlu dibayar Fathia sejak terjun dalam dunia glamor ini tiga tahun lalu? Secara peribadi, pemilik nama sebenar Nur Fathia Abd Latiff, 25, ini mengakui dia sendiri tidak mahu menjaja kisah cinta berbanding karier seni yang semakin sebati dalam dirinya. "Saya sedih kerana sering menjadi sasaran gosip liar yang tidak berasas sama sekali. Malangnya, itulah yang perlu saya lalui dalam meniti perjalanan sebagai anak seni. "Saya tidak mahu peminat berasa mual dengan gosip cinta seperti itu. Maklumlah, pihak media memainkan peranan yang sangat besar dan saya tidak mahu peminat terpengaruh dengan gosip sedemikian. "Memang saya mengaku ada berkawan dengan seorang daripada golongan VIP ini, tetapi hubungan itu tidak lebih daripada itu. Saya masih muda dan berstatus solo. Apa salahnya saya berkawan dan mengenali hati budi mereka," katanya. Terus terang Fathia juga menafikan dakwaan dirinya mengejar cinta golongan kenamaan dan VIP seperti yang heboh diperkatakan orang ketika ini. "Saya hanya seorang gadis biasa dan cara hidup saya pun ringkas saja. Ciri-ciri lelaki idaman saya ialah yang berpendidikan tinggi, merendah diri dan setia kerana saya seorang yang cemburu. "MaIah, ibu bapa saya pun mencari calon menantu yang berpendidikan dan bukannya memandang dari segi status, pangkat mahupun harta seseorang itu. "Semoga kenyataan ini akan menghentikan gosip saya kejar cinta VIP kerana ia mencalar nama baik saya keluarga," katanya yang turut digosipkan dengan pelakon dari seberang, Keith Foo. Jangan memperlekehkan bakat lakonan Fathia kerana impiannya untuk bergelar aktres berkaliber di persada hiburan tanah air pada masa depan. Pelakon yang menjadikan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai inspirasi mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan prestasi lakonan sedia ada. "Saya menceburi bidang lakonan kerana minat mendalam dan bukan untuk suka-suka. Malah, masih banyak impian yang belum tercapai dalam bidang seni tanah air. "Masih banyak lagi watak ingin dilakonkan, sekali gus mencabar diri dalam lakonan. Antara watak yang diimpikan ialah psiko dan orang cacat kerana saya ingin watak buat saya nampak hodoh dan bukan tampil cantik saja dalam drama mahupun filem," katanya. Ketika ditemui, Fathia sibuk menghabiskan baki penggambaran drama bersiri 13 episod Deandra arahan Eoon Shuhaini bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza yang bakal bersiaran untuk slot Lestary di TV3 pada Jun ini. "Impian saya untuk berlakon watak tomboy yang kasar dan gila-gila akhirnya tercapai. Saya tiada masalah menjiwai watak ini kerana memang macam tomboy ketika di bangku sekolah dulu. "Saya juga sudah selesai penggambaran telefilem Tercipta Untukku arahan Aziz M Osman yang mula bersiaran bulan ini di stesen TV2. Selain itu, saya bakal beraksi dalam filem genre romantik komedi berjudul Superstar arahan Kabir Bhatia dan bergandingan dengan Awie nanti," katanya. Sesibuk manapun berlakon, penuntut tahun akhir jurusan undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini tetap mengutamakan pengajiannya dalam segala hal. Saya hanya berlakon pada hujung minggu dan ketika cuti semester kerana tidak mahu aktiviti seni menjejaskan pengajian di UiTM. "Minat macam manapun dalam bidang seni, saya tetap akan tunaikan impian keluarga yang ingin melihat saya membawa pulang segulung ijazah dalam bidang undang-undang. Pelakon juga perlu berilmu kerana ijazah yang dimiliki sebagai jaminan masa depan," katanya. Dalam perkembangan lain, Fathia juga berlepas ke Perancis untuk mempromosikan pesawat Air France bersama dua lagi artis iaitu Tasha Shila dan Fizo Omar pada 23 hingga 29 April ini. Menyusul selepas itu, dia akan ke Uzbekistan pula bersama pihak Rafflesia selama 10 hari.-harian metro |
You are subscribed to email updates from Nur Fathia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan