Syamsul Yusof - Google Blog Search |
- Konflik "<b>Syamsul Yusof</b>" Berakhir Dgn Drama Air Mata.. | dairishare
- KHURAFAT – Perjanjian Syaitan terbaik dari <b>Syamsul Yusof</b> | Love <b>...</b>
- <b>Syamsul Yusof</b> Kahwin Siswi Perubatan 2 Tahun Lagi - Murai.com.my
Konflik "<b>Syamsul Yusof</b>" Berakhir Dgn Drama Air Mata.. | dairishare Posted: 07 Mar 2013 03:16 PM PST PETALING JAYA: Penerbit Datuk Yusof Haslam menyifatkan perbalahan yang berlaku diantaranya dengan Syamsul sehingga tidak bertegur sapa selama beberapa bulan sebelum ini merupakan satu hikmah dan pengajaran yang perlu mereka dua beranak fahami. Yusof berkata, sebagai seorang ayah, dia sedar bahawa peredaran zaman telah mengubah cara anak-anak muda zaman kini berfikir dan mungkin tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik mahupun menegur mereka. "Konflik yang berlaku antara saya dan Syamsul baru-baru ini telah menyedarkan saya bahawa zaman telah berubah. Budak-budak remaja berfikir lebih matang berbanding zaman dahulu dan saya kena faham tentang perkara itu. "Cara mendidik anak-anak juga berbeza sekarang ini. Apa yang telah berlaku menjadi pengajaran buat Baru-baru ini, Yusof dikatakan berkecil hati dengan tindakan Syamsul yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak dua bulan lalu. Syamsul dikatakan bersikap sedemikian kerana Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd itu telah memberi tekanan kepadanya yang dilihat tidak serius untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 arahan Syamsul.Bagaimanapun, Syamsul menerusi kolumnya di sebuah akhbar membuat pengakuan bahawa dia dan bapanya sudah pun berdamai dalam suasana penuh air mata dan saling berpelukan. "Baik seorang anak atau ayah, jangan pendam perasaan kerana ia akan timbul macam-macam andaian. Dalam pada itu, Yusof berkata sebagai seorang anak, mereka kena faham bahawa dalam hidup perlu ada disiplin selain hormat.http://mstar.com.my/ |
KHURAFAT – Perjanjian Syaitan terbaik dari <b>Syamsul Yusof</b> | Love <b>...</b> Posted: 05 Jan 2011 10:42 AM PST Assalammualaikum dan salam sejahtera. Agak terlewat saya update blog mengenai media screening untuk filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan. Tetapi tidak mengapa, kerana selagi filem ini belum officially ditayangkan, saya adalah diantara blogger yang terawal menonton filem terbaru arahan Syamsul Yusof. Pra tonton filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan pada 20-Dec-10 di GSC Mid Valley. Ini adalah cubaan pertama Syamsul dalam menghasilkan filem bergenre seram . Walaupun judul "Khurafat" menggambarkan citarasa seram dan kepercayaan tahyul namun disebalik segala insiden seram yang di paparkan , pengarah terapkan unsur keagamaan yang wajar dipersembahkan bagi menyampaikan mesej positif kepada masyarakat . Khurafat? Maksud khurafat dalam Islam adalah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat Melayu: 1.Bertawasul kepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh. Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikhelena kerana menjemput saya. Alhamdulillah selangkah lagi untuk memenuhi hobi movie gig! So, ini adalah review saya tentang filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan. Bagi saya dan para penonton yang berada di dalam panggung wayang, sudah semestinya filem ni bakal menggegarkan panggung. Dari jalan cerita dan babak yang ditunjukkan, saya dapat rasakan suasana yang dirasai oleh Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay. Mereka adalah suami isteri di dalam filem ini. Diganggu dan diselubungi perasaan takut adalah sangat cemas. Saya pun ketakutan. Beberapa kali saya beristighfar didalam panggung. Hihihi.
Babak yang mendebarkan apabila Syamsul Yusof mengangkat Jenazah. Masuk hutan dan berlari ketakutan. Argh! Saya takut. Penampilan Sabrina Ali memang memberi impak yang besar. Beliau membawa watak ex girlfriend Syamsul Yusof yang psycho dan membawa watak sebagai hantu juga! Tahniah kepada Sabrina Ali kerana berani terjun dalam pelbagai watak. Saya kagum dengan cara beliau. Ini adalah Synopsis filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan dari pihak SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. & GRAND BRILLIANCE SDN. BHD. "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada 'gangguan misteri' yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya. Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah. Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?
Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011. "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)" (Surah Yunus:106)
BINTANG & WATAK "KHURAFAT" SYAMSUL YUSOF sebagai Johan Pengarah : Cerita / Skrip : Penasihat Produksi : Gambar kami pula. Blogger aka artist.
Gambar group photo blogger nih saya cedok dari Kak Ina KL [UPDATE] Syamsul Yusof pon ada blog le. Meh melawat prodigiousburnsoul.blogspot.com |
<b>Syamsul Yusof</b> Kahwin Siswi Perubatan 2 Tahun Lagi - Murai.com.my Posted: 17 Jul 2012 05:00 AM PDT berita |
Tempatan
Teks: Razif Rosdi KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Walaupun pada awalnya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 28, agak keberatan untuk berkongsi cerita tentang kisah cintanya kepada pihak media, namun akhirnya anak kepada produser filem Dato' Yusof Haslam ini tidak dapat membendung perasaannya bahawa dia kini sedang bahagia dilamun cinta. Malah, Syamsul Yusof yang seronok berlakon dalam filem SAM, arahan adiknya, Syafiq Yusof juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dia mungkin bakal berumahtangga sebelum usianya mencecah usia 30 tahun. "Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua. "Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon. "Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama," katanya di tayangan filem SAM di Mid Valley, malam semalam. Dalam pada itu, Syamsul Yusof turut memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan nama teman wanitanya itu kepada umum kerana risau akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak. "Insya-Allah, saya akan berkahwin sebelum usia saya mencecah 30 tahun. Lebih kurang 2 tahun saja lagi. Sejujurnya, saya bukannya nak sembunyikan hubungan saya dengan dia. Ini soal peribadi dan saya harap peminat saya faham. "Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak tahu kami berkawan tapi masih belum ada berkesempatan untuk berjumpa keluarga masing-masing. Sekarang ini, kekasih saya bekerja sambil belajar di sebuah kolej. "Dia mengambil jurusan perubatan tapi bukannya seorang doktor. Sekali lagi,saya tak mahu kecoh dan kalau boleh saya mahu cuba membahagikan bidang glamor dan kerjaya dengan seimbang," jelasnya kepada murai.com.my. Sementara itu, anak muda yang semakin selesa menjadi pelakon ini berhasrat menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu sebagai orang biasa dan bukannya sebagai selebriti dikenali. "Dia tahu saya siapa. Namun, saya harap dia terima saya seadanya sama seperti lelaki yang lain. Apapun, saya bersyukur apabila saya dikatakan menjadi lelaki idaman Malaya selepas lebih banyak berkecimpung dalam bidang lakonan. "Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen apa bila saya dikategorikan sebagai lelaki hot ini. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan terima kasih dan teruslah menyokong saya baik sebagai pelakon mahupun sebagai pengarah," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Syamsul Yusof - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan