Nuffnang

Isnin, 15 April 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Fadzil Zahari, Adik <b>Farid Kamil</b> Telah Bertemu Keluarga Yana <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 06:09 PM PDT


Walaupun tidak bercinta, adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari sudah beberapa kali bertemu dengan keluarga Yana Samsudin. Untuk anda yang tidak tahu, wujud khabar angin menyatakan mereka berdua bercinta sebelum ini tetapi perkara tersebut telah dinafikan.
yana samsudin dan adik farid kamil
Sekali imbas, memang kedua-duanya bak pinang dibelah dua. Tak salah pun kalau mereka bercinta. Menurut Yana Samsudin, Fadzil ialah lelaki yang paling rapat dengan dirinya semenjak kebelakangan ini. Kata Yana:-

Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu. Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana. Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu.

yana samsudin dan adik farid kamil
Tak apalah mula-mula kawan dulu. Kedua-duanya pun single mingle lagi. Tak ada salahnya untuk berkawan dulu. Lama-lama nanti kalau terbuka hati boleh terus bercinta. Tak ke gitu?

P.S: 5 pembedahan kecantikan yang berakhir dengan ngeri

Baca Yang Ini Pulak:-


Yana Samsudin Nafi Cintai Adik <b>Farid Kamil</b> - Gua.com.my

Posted: 01 Apr 2013 10:00 AM PDT

Pelakon Yana Samsudin menafikan desas-desus yang mendakwa dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari. Jelas Yana, hubungannya  hanyalah sekadar teman rapat. Bagaimanapun heroin filem 'Strawberi Cinta' ini mengakui Fadzil ada berkunjung ke rumah keluarganya di Johor Bahru beberapa kali. 

"Saya sebenarnya tidak mahu komen lagi tentang gosip percintaan ini. Saya sudah jelaskan beberapa kali sebelum ini. Saya dan Fadzil hanya berkawan baik. Lagipun saya tidak mahu mainkan perasaan orang. Saya tidak mahu timbul salah sangka di kalangan mereka yang berada di sekeliling Fadzil. Saya dan dia hanya berkawan baik. Tidak lebih daripada itu. Saya sudah kenal dia selama empat tahun.  Sebelum saya dikenali ramai, dia sudah pun menemani saya ke mana-mana.  Cuma baru sekarang orang perasan dia selalu temani saya," ujar Yana berkongsi cerita.

Tambah Yana lagi, Fadzil adalah satu-satunya  lelaki yang rapatnya dengannya selepas dia putus cinta dengan Pierre Andre beberapa tahun dahulu. 

Apabila ditanya sama ada masing-masing sudah bertemu dengan keluarga, Yana memberitahu dia agak rapat dengan keluarga Fadzil. Begitu juga dengan Fadzil. Malah mengakui lelaki itu telah beberapa kali berkunjung ke rumah keluarganya di Johor Bahru jika ada urusan kerja di sana. 

"Jika saya berkawan dengan sesiapa, saya tidak pernah menyembunyikannya daripada pengetahuan keluarga. Ayah saya o.k dengan dia. Dia pun sudah beberapa kali singgah ke rumah keluarga saya di Johor Bahru kalau ada urusan kerja di sana. Selain itu, saya juga baik dengan keluarga dia," ujar Yana yang ditemui ketika majlis Pesta Berlian Habib Jewel pada Isnin. 

Dalam perkembangan lain, Yana Samsudin bakal muncul dengan dua filem terbaru berjudul 'Dua Kalimah' dan 'Adnan Sempit 3' pada pertengahan tahun ini.

Yana Samsudin Mengaku Adik <b>Farid Kamil</b> Jumpa Keluarganya <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 05:38 AM PDT

Desas-desus percintaan pelakon Yana Samsudin dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari mungkin benar apabila wanita itu mengesahkan bintang baru tersebut telah mengunjungi keluarganya di Johor.

Yana, 29, berkata Fadzil juga antara individu yang rajin untuk menemaninya ke mana-mana sahaja jika tiada halangan.

"Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu.

"Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana," katanya ketika ditemui di majlis Pesta Berlian Habib Jewel, di sini, Isnin.

Yana diminta mengulas khabar angin hubungan cintanya dengan pelakon Fadzil Zahari yang semakin heboh diperkatakan orang.

Fadzil Zahari
Bagaimanapun, jelas Yana, hubungan tersebut hanya sekadar teman rapat dan tidak lebih dari itu.

"Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Yana berkata, dia mula rapat dengan Fadzil sejak dikenalkan oleh Farid. Malah Yana mengakui dia turut rapat dengan keluarga pelakon tersebut.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Aku Ada Kau Ada ini bakal keluar dengan filem terbaharunya berjudul Dua Kalimah dan Adnan Sempit 3 pada pertengahan tahun ini.

- mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan