Nuffnang

Isnin, 15 April 2013

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Biodata Profil <b>Sara Ali</b>

Posted: 05 Apr 2013 12:00 PM PDT

Nama penuh: Siti Sarah Hairi Ali
Tarikh lahir: 11 Oktober 1990
Filem: Sesuatu Yang Tertinggal, Songlap, Penunggu Istana dan Nur Kasih The Movie
Like facebook page saya kalau anda pembaca setia blog 3 dalam 1

Drama Cinta Kau Dan Aku TV1 | Fizz Fairuz & <b>Sara Ali</b> <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 08:33 AM PST

Bismillahirrahmanirrahim :)
Bagi peminat novel pasti dah baca kan NOVEL CINTA KAU DAN AKU ni? Novel ni rasanya ku baca time form 3 kat hostel.3 years ago. hehe.

Novel ni seriusly tak rugi baca. Time part lawak memang gelak Time part sedih memang boleh menitiskan air mata jugaklah paling takpun memang sedihh laaa..
So seperti trend movie/drama zaman sekarang novel ni telahpun didramakan di TV1. 
SINOPSIS NOVEL CINTA KAU DAN AKU
Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah membuat Farish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya.  Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.

Gambaar atas ini diambil dari SINI.
Citer kat novel seriusly best meletup habis hahaha tapi bila tengok drama die lakonan Fizz Fairuz dengan Sara Ali macam ada something wrong somewhere. Tak tau ape?
Tak nampak chemistry?Tak sesuai?
Tapi bila tengok asyik Adi Putra takpun Aaron Aziz je yang berlakon bosan jugak hahaha. 
Sekarang ni bila tengok drama Melayu tengok mula2 tengah2 dengan akhir je hehe. TONTON DRAMA CINTA KAU DAN AKU  KAT SINI.
Tak pernah tengok kat tv lagi. Tengok online je heee.
Apa pendapat korang Fizz Fairuz dengan Sara Ali?Ke OK je chemisry dorang?
NOTA KAT BAWAH: Apa lagi novel terkini yang best?Lama tak baca novel.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bukan Saya Ghairah, Atau Dia Ghairah – <b>Sara Ali</b> | OHBULAN!

Posted: 28 Nov 2012 08:21 PM PST

Tidak sampai seminggu pun lagi selepas Shout Awards 2012 menutup tirainya dengan persembahan dan kemenangan oleh artis-artis berbakat dan popular. Seperti biasa, anugerah berprestij yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon ini juga tidak terlepas dari tempias gosip yang sentiasa menjadi 'makanan ruji' para pengikut industri hiburan.

Terbaru, sebuah blog hiburan tempatan menyiarkan artikel mengatakan 'shortpant' Sara Ali telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penonton dan peminat. Antara reaksi dari peminat termasuklah komen-komen negatif mengatakan Sara tidak sensitif sehinggakan namanya menjadi 'trending topic' di Twitter mengalahkan artis-artis lain.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Sara menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan apa yang orang katakan di laman Twitter.

"Tweet is a tweet. Saya tak respon dari isu ataupun dari 'tweet' orang lain," tegas Sara merujuk pada komen negatif terhadapnya di Twitter.

Sara yang juga merupakan salah seorang pelakon filem 'Songlap' hanya menganggap ini semua adalah perkara biasa yang harus ditempuhnya.

"Bagi saya macam ni, bukan saya yang ghairah, atau pun dia yang ghairah. Saya otak tak 'kuning' dan dia pun otak tak 'kuning'. Ok, habis cerita."

"Standard la orang duk bercakap pasal kita. Saya tahu saya salah. Lagipun saya malas nak ambil tahu. Saya dah buat apa yang patut dan kali ini saya dah tersalah buat," jelas pelakon berumur 22 tahun ini.

Dalam pada itu, melalui respon peminat yang lain, ramai juga yang tidak bersetuju dengan isu 'shortpants' Sara Ali.

Berbanding dengan 'shortpants' yang dipakai Sara, OHBULAN! lebih tertanya-tanya respon peminat dibawah pentas ketika Shout Awards 2012 diadakan. Ada tak mana-mana selebriti yang memakai gaun pendek atau skirt 'terbelanja' peminat?

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan