Tiz Zaqyah - Google Blog Search |
- Maraton Drama Lakonan <b>Tiz Zaqyah</b> & Remy Ishak, “Cinta Jangan <b>...</b>
- <b>Tiz Zaqyah</b> : Oh My English! | buahmulut.com
- <b>Tiz Zaqyah</b> Enggan Ungkit Kisah Silam Bersama Remy Ishak <b>...</b>
Maraton Drama Lakonan <b>Tiz Zaqyah</b> & Remy Ishak, “Cinta Jangan <b>...</b> Posted: 03 Apr 2013 10:49 PM PDT Bagi semua peminat Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama lakonan terbaru gandingan mantap kedua-dua pelakon ini berjudul "Cinta Jangan Pergi," yang bakal ditayangkan mulai 6 April ini di TV9. Secara umumnya, drama bersiri ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, namun begitu memandangkan pada Ahad (7 April) bakal berlangsungnya majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), oleh itu pihak TV9 bakal menayangkan maraton untuk episod pertama dan kedua drama tersebut pada Sabtu ini bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam. Antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini adalah Nadia Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob. Berikut kami lampirkan trailer drama 'Cinta Jangan Pergi' buat tontonan anda semua. Jom layan! |
<b>Tiz Zaqyah</b> : Oh My English! | buahmulut.com Posted: 21 Mar 2013 06:03 PM PDT Bertemu dengan Tiz Zaqyah yang kini sedang mengecapi bahagia bersama kekasih barunya memberi kami seribu satu persoalan tentang sisi-sisi gelap hidupnya yang selama ini tidak pernah diungkitkan oleh mana-mana pihak. Hal berkaitan sisi gelap hidup Tiz sering hadir di kotak informasi kami. Benar atau tidak itu perlunya kami bertanya kepada empunya badan. Tapi persoalan itu bagaikan terkunci dari mulut kami apabila bertemu denganya baru baru ini. Tapi kami yakin akan suatu hari nanti hal ini akan dibangkitkan oleh pihak lain pula. Ok. Lupakan hal itu kerana Tiz yang kami temui, memberitahu dia kini sebahagian keluarga Oh My English bagi musim ke 2 yang bakal bersiaran tidak lama lagi "Seronok dan rasa sangat enjoy dapat join Oh My English kali ini. Untuk musim yang ke 2 ni Tiz akan bawa watak sebagai seorang cikgu yang bernama Ayu dan akan muncul hanya untuk 10 episod sahaja." Jelas Zaqyah Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
<b>Tiz Zaqyah</b> Enggan Ungkit Kisah Silam Bersama Remy Ishak <b>...</b> Posted: 06 Mar 2013 05:45 PM PST Semua sedia maklum pelakon berbakat, Tiz Zaqyah kini sudah pun menemui pengganti Remy Ishak dan jejaka yang dimaksudkan itu adalah rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Danial Haziq. Sewaktu bertemu di acara tayangan perdana drama bersiri "Cinta Jangan Pergi," Tiz Zaqyah akui kini dirinya semakin bahagia bersama jejaka tersebut dan meminta agar pihak media tidak bertanya lagi kisah silamnya bersama bekas kekasih. "Ya. Sekarang saya sedang bahagia. Doakan sahaja kebahagiaan ini dan jangan pusing-pusing belakang lagi." Dalam pada itu, Tiz turut menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya Danial Haziq adalah punca keretakan hubungannya bersama Remy Ishak. "Eh taklah. Saya tak pernah keluar atau jumpa dengan dia sepanjang saya bersama Remy Ishak. Sewaktu berpisah dengan Remy, berbulan juga saya ambil masa untuk memulakan hubungan bersama kekasih yang baru ini. "Buat masa sekarang saya memang tak ada sebarang perancangan untuk berkahwin sebab nak fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Lagipun saya muda lagi, Oktober ini baru masuk 25 tahun," ujar Tiz sambil tergelak. Ketika diajukan soalan apakah perasaan Tiz apabila melihat foto-foto Remy bersama Maya Karin, aktres ini hanya mampu tersenyum dan merasa gembira dengan perkabaran tersebut. Selain itu, aktres ini turut akui merasa sukar untuk berlakon bersama Remy Ishak kerana sewaktu penggambaran drama "Cinta Jangan Pergi" hubungan mereka baru sahaja berakhir. "Semuanya OK. Sebab kerja, jadi saya bersikap profesional sahaja. Tapi saya akui memang susah nak berlakon dalam drama ini sebab hubungan kami pada ketika itu baru sahaja berakhir. Tipulah kalau saya cakap tak susah," komen Tiz mengenai lakonannya bersama Remy. Untuk makluman, Tiz bakal muncul dengan drama terbarunya bersama Remy Ishak berjudul "Cinta Jangan Pergi." Drama bersiri tersebut akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam. Sekiranya anda ingat melihat sejauh manakah sikap profesional Tiz dan Remy, jangan lupa saksikan drama bersiri ini. |
You are subscribed to email updates from Tiz Zaqyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan