Nuffnang

Khamis, 30 Mei 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Aleesya Buat <b>Erra Fazira</b> Terharu - Gua.com.my

Posted: 26 May 2013 11:00 PM PDT

Tanggal 30 Mac 2009, jam 11.40 pagi, merupakan detik paling indah buat pasangan suami isteri, Erra Fazira Wan Chek dan Engku Emran Engku Zainal Abidin apabila lahirnya seorang puteri comel seberat 4.04 kilogram. Bayi yang dilahirkan secara normal ini ternyata melengkapi kehidupan mereka sebagai suami isteri selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.

Diberi nama yang cukup indah, Engku Aleesya yang bermaksud dilindungi, permata hati Primadona Filem Melayu ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Menganggap anak sebagai kanvas putih, Erra berkongsi pengalaman dalam mencorak zuriat sulungnya yang kini sudah memasuki usia empat tahun itu.

"Seiring dengan peredaran masa, saya rasa tugas sebagai ibu bapa amat mencabar dalam mendidik anak-anak. Bagi saya, nak didik anak juga perlu perlu ikut peredaran zaman. Saya percaya dengan konsep mendidik anak melalui komunikasi di mana dari situlah, kita dapat berkongsi banyak perkara dengan anak-anak," ujar Erra ketika ditemui baru-baru ini.

"Bagi saya, anak seperti kanvas putih dan sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu mencorak mereka. Apbila dah jadi seorang ibu, saya ralat bila lihat ada ibu yang mengabaikan anak mereka. Mereka tidak menjaga dan hanya membiarkan anak mereka berkelakuan tidak baik.

Sebagai ibu, kita perlu melaksanakan tanggungjawab dalam membentuk anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Apapun, saya dah laksanakan tugas mendidik Aleesya dengan sebaik mungkin dan selebihnya, saya hanya berdoa agar dia menjadi individu yang baik kelak," ujar Erra sambil memberitahu Aleesya mengikut sedikit ciri-ciri yang ada pada dirinya.

"Aleesya miliki ciri-ciri saya iaitu seorang yang pemalu. Cikgu di sekolah beritahu kepada saya yang Aleesya sangat malu dengan lelaki. Selain itu, saya juga dapat nampak minat dia dalam lakonan. Aleesya suka cakap seorang diri dan sering membawa pelbagai watak," ujar Erra.

Ketika ditemui, heroin 'Maria Mariana' ini juga sempat berbicara mengenai sambutan Hari Ibu pada tahun ini. Menurut Erra, Hari Ibu tahun ini cukup bermakna buatnya kerana dia telah menerima hadiah yang cukup istimewa daripada puteri kesayangannya itu.

"Sebagai anak, saya sering meraikan ibu saya, Azizah Zaik ketika Hari Ibu. Kini, anak saya pula yang meraikan saya di mana ini merupakan kali pertama dia mengenali apa itu Hari Ibu. Saya rasa terharu kerana buat pertama kali, Aleesya memberi ucapan buat kepada saya. Lebih bermakna, Aleesya turut menghadiahkan saya sebuah bantal berbentuk hati dan buat kad Hari Ibu kepada saya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan