Raja Farah - Google Blog Search |
<b>Raja Farah</b> Menunggu Kehadiran Cahaya Mata - Gua.com.my Posted: 26 May 2013 07:58 PM PDT Heroin filem 'Aku Masih Dara' Raja Farah, 25, memberitahu GUA bahawa dia masih bergiat aktif dalam dunia lakonan walaupun tidak sekerap dahulu. Menurutnya, kini dia lebih mengutamakan suami dan keluarga, selain sibuk dengan dunia perniagaan. "Alhamdulillah, kerjaya seni saya berjalan seperti biasa cuma saya tidak begitu banyak mengambil tawaran seperti dahulu disebabkan komitmen saya kepada keluarga. Lagipun sekarang ini saya berjinak-jinak dengan dunia perniagaan yang saya rasakan sangat menarik dan memberi pulangan yang baik pada masa hadapan," ujar Farah yang ditemui baru-baru ini. Dalam masa yang sama, Farah turut menafikan desas-desus yang mendakwa dia dikongkong oleh suami. Jelas Farah, suaminya memberi kebebasan untuk terus berlakon, namun menetapkan beberapa syarat agar dia tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. "Saya tahu ada dakwaan yang mengatakan saya dikongkong oleh suami. Tetapi dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana suami masih memberikan kebebasan untuk berlakon. Dia tidak melarang, cuma memberikan syarat penggambaran haruslah tamat pada jam 11.00 malam dan saya dibenarkan untuk pulang. Apabila saya memikirkan kembali situasi tersebut, saya fikir lebih baik saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan yang sesi penggambarannya dilakukan pada lewat malam. Saya tidak mahu menyusahkan produser dan juga suami saya sendiri. Lebih baik saya lakukan perkara yang disukai dan dibenarkan oleh suami. Saya juga mendapat tawaran untuk menjadi pengacara dalam program travelog yang akan disiarkan di Astro Oasis tidak lama lagi. Program atau nama rancangan travelog itu tidak boleh saya sebarkan terlebih dahulu, sehinggalah sidang media yang akan dilakukan oleh pihak Astro Oasis dalam sedikit masa lagi," ujar Farah panjang lebar. Ditanya sama ada dia berasa terkilan atau tidak karier lakonannya terpaksa dihadkan selepas berumah tangga dan berhijab, Raja Farah memberitahu dia memang terkilan pada mulanya. "Pada mula-mula selepas berkahwin, saya berasa agak terkilan juga. Tetapi kami sama-sama duduk berbincang, dan setelah itu kami temui jalan penyelesaiannya. Tetapi sekiranya saya teringin sangat untuk berlakon saya tidak menolak kerana itu merupakan kerjaya dan minat saya sejak dari kecil lagi," ujar Farah. Usia perkahwinan Farah dan suaminya Megat Bashirun Qayyum telah pun menjangkau ke usia dua tahun dan sehingga kini mereka masih berdua tanpa kehadiran cahaya mata. Jelas Farah, bukan kerana enggan bergelar ibu bapa, tetapi belum rezeki mereka berdua untuk menimang cahaya mata. |
You are subscribed to email updates from Raja Farah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan