Jamal Abdillah - Google Blog Search |
<b>Jamal Abdillah</b> Takut Jadi Seperti P.Ramlee | Berita Hiburan <b>...</b> Posted: 16 Apr 2013 07:52 PM PDT Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee satu nama besar yang tak perlu diperkenalkan lagi. Segala hasil kerja seni beliau amat mengagumkan sehingga ke hari ini. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, bagaimana perjalanan karier seni dipenghujung era zaman P.Ramlee. Beliau sudah mula tidak diterima peminat dan kebanyakan karyanya tidak lagi mendapat sambutan. Penyanyi Jamal Abdillah antara peminat P.Ramlee yang melihat sendiri bagaimana lagu-lagu dendangannya ditolak mentah-mentah, dan bukan setakat itu sahaja kerana P.Ramlee juga turut di'boo' semasa kemunculan beliau di pentas untuk membuat persembahan.
Jamal yang ditemui pada majlis sidang media kedua, 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah – P. Ramlee Dalam Kenangan' di Pustaka Peringatan P. Ramlee, menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000.00 untuk membaiki kembali pusara P.Ramlee yang rosak dilanda pokok dalam kejadian ribut baru-baru ni. OHARTIS: TAK SANGKA P.RAMLEE PERNAH DILAYAN SEBEGITU RUPA. GENERASI BARU HANYA KENAL P.RAMLEE SEORANG SENIMAN HEBAT YANG DIKAGUMI RAMAI. APAPUN SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT KEATASNYA. |
<b>Jamal Abdillah</b> Kembali Ke Istana Budaya - Gua.com.my Posted: 21 Mar 2013 05:30 PM PDT Raja Pop, Jamal Abdillah bakal kembali ke Istana Budaya untuk Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah – P Ramlee yang akan berlangsung pada 30 Mei sehingga 2 Jun hadapan. Konsert selama dua jam pada setiap malam itu dijangka tampil hebat kerana penyanyi itu merancang sesuatu yang berbeza daripada konsert-konsertya sebelum ini. Konsert itu diadakan bagi mengenang karya- karya agung Tan Sri P. Ramlee yang sehingga kini masih mendapat tempat di hati peminat. Bahkan, penganjurannya konsert ini adalah atas usaha syarikat Jamal sendiri, Bintang Chanell dengan kerjasama Istana Budaya. Namun Jamal mengalu-alukan jika ada syarikat korporat yang ingin menaja konsert itu. "Konsert ini bukanlah bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi saya ingin menggunakan kelunakan suara dan penghayatan untuk menyambung jiwa yang terhenti. Walaupun perbelanjaannya agak tinggi daripada konsert saya sebelum ini, namun saya tetap mengambil pendekatan untuk mengeluarkan duit poket saya sendiri," ujar Jamal ketika ditemui di Istana Budaya pada Rabu. Jamal akan mendendangkan lebih kurang 31 buah lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan berharap agar dapat meruntun hati peminat menerusi lagu dan visual sambil diiringi kombinasi pemuzik terkenal serta pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam. "Saya ingin membawa orang ramai untuk mengimbau kembali nostalgia zaman kegemilangan Tan Sri P.Ramlee yang pasti mampu membuatkan mereka bergenang air mata. Adalah menjadi kepakaran saya untuk menyentuh jiwa orang ramai melalui lagu-lagu yang akan didendangkan nanti," tambah Jamal lagi. Lapan segmen akan dimuatkan dalam konsert tersebut di mana setiap segmen menjanjikan kelainannya tersendiri. Jamal menerangkan dia akan menggunakan klip-klip video dalam filem seniman teragung tersebut dan disulam dengan sketsa jenaka serta menyentuh kalbu yang menampilkan beberapa artis lain seperti Isma Aliff, Musly Ramly, Azlina Aziz dan Nas Adila. Tempahan tiket boleh dibuat dengan melayari laman sesawang www.ticket2u.biz atau hubungi Istana Budaya di talian 03- 21618134. Tiket- tiket dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM 325 dan RM455. |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan