Nuffnang

Khamis, 2 Mei 2013

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Alyahya</b> - Oh! Artis

Posted: 12 Mar 2013 06:13 PM PDT

Scha Al-Yahya pelakon cantik jelita berusia 30 tahun yang terkenal menerusi watak Dania dalam drama Awan Dania kini mengorak langkah baru kehadapan dalam bidang pengacaraan. Scha dilantik sebagai pengacara dalam program Muzik-Muzik di TV3 yang turut bergandingan dengan penyampai radio terkenal AG.

Scha mengakui sudah lama menunggu peluang untuk memasuki dalam bidang pengacaraan berikutan dia sendiri yang gemar bercakap dan tidak kekok berada didepan kamera sebagai pengacara.

ohartis-scha-alyahya-muzik-muzik.2

ohartis-scha-alyahya-muzik-muzik.1

"Saya memang suka bercakap di depan kamera dan tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai pengacara sekiranya berpeluang kerana begitu menyukai bidang itu. Malah apabila TV3 menawarkan saya untuk menerajui program Muzik-Muzik saya tidak fikir panjang kerana saya memang menantikan peluang untuk bergelar pengacara," jelasnya Scha.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir sebelum ini juga pernah mengacarakan sebuah program realiti Sehati Berdansa yang bergandingan dengan pelakon Fahrin Ahmad di Astro. Scha mengakui teruja dan seronok menjadi pengacara bermula daripada program tersebut.

ohartis-scha-alyahya-SNE

Terbaru, Scha kini dilantik sebagai Duta kepada satu produk makanan tambahan kesihatan dan kecantikan SNE disamping giat mempromosikan filem terbarunya iaitu Awan Dania The Movie. Kalau nak cantik macam Scha dan Adira, cubalah SNE Beutskin!

OHARTIS : KAMI SENDIRI AMALKAN PRODUK SNE. KALAU BERMINAT BOLEH HUBUNGI HI@OHMEDIA.MY

Tiada ulasan:

Catat Komen