Nuffnang

Rabu, 5 Jun 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


Sekarang Saya Kena Jaga Hati Suami – <b>Liyana Jasmay</b> |

Posted: 31 May 2013 01:01 AM PDT


Abang Nara suka betul dengan pelakon-pelakon wanita yang berubah ke arah kebaikan selepas berkahwin. Ini bermakna mereka menghormati maruah dan berusaha untuk menjaga air muka si suami. Salah seorang daripada mereka ialah Liyana Jasmay yang telah mendirikan rumahtangganya awal tahun ini.

liyana jasmay

Liyana Jasmay bakal menjalani penggambaran filem Sindiket arah Bade di mana ada babak yang wataknya dirogol dan memakai pakaian seksi. Apa yang membuatkan Abang Nara bertambah respek kepada Liyana Jasmay ialah kerisauannya mengenai babak tersebut sehingga dia terus meminta penjelasan daripada Bade. Kata Liyana Jasmay:-

Teruja dapat kerja semula dengan uncle Bade. Cuma mula-mula tu saya risau bila dapat tahu saya terlibat dengan babak rogol dan memerlukan saya pakai seksi. Sebenarnya masa sebelum kahwin pun, saya tak pernah bawa watak yang terlalu dark macam ni. Kalau ada pun masa berlakon dalam Castello, tapi yang tu pun biasa-biasa jer.

Saya memang dari dulu pun tak boleh kalau babak sentuh-sentuh. Apatah lagi sekarang, saya kena jaga hati suami. Berlakon tu belakon lah tapi tak boleh lah overboard, kan. Tapi bila uncle Bade terangkan yang masa saya lakonkan babak tu nanti nampak saja macam ada sentuhan tapi sebenarnya tidak, jadi saya okay dan terima. Untuk babak pakai seksi tu pun dia kata, saya setakat pakai skirt pendek, gaya macam orang pergi clubbing.

liyana jasmay

Kerisauan sebeginilah yang kita inginkan di dalam diri seorang isteri. Fikirkan suami di dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan walaupun sekadar lakonan. Mana tahu selepas ini Liyana Jasmay akan lebih banyak berubah ke arah kebaikan. Yang penting, permulaan itu sudah ada. Tak gitu? Info asal MalaysianDigest.

P.S:  Adakah ini Toyota Corolla Altis generasi baru?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan