Nuffnang

Rabu, 5 Jun 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Maya Karin</b> Pentingkan Kualiti - Gua.com.my

Posted: 27 May 2013 09:26 PM PDT

Selepas tiga tahun bersama Vono, selebriti terkenal tanah air, Maya Karin terus diberi kepercayaan oleh jenama tilam terkemuka itu untuk menjadi duta mereka apabila kontraknya dilanjutkan setahun lagi.

Maya ketika ditemui di majlis memperbaharui kontraknya di Kilang Slumberland, Bandar Baru Bangi baru-baru ini berasa gembira dengan kerjasama yang terjalin dan mengakui sangat teruja untuk terus mempromosikan jenama tilam tersebut.

"Saya berasa teruja kerana masih diberi peluang untuk bekerjasama dengan Vono dan gembira kerana hubungan kami sangat baik dari hari pertama sehingga sekarang. Saya juga berasa amat bersyukur kerana Vono masih meletak sepenuh kepercayaan kepada saya untuk terus membawa jenama mereka," ujar Maya sambil memberitahu rahsia mengapa dia masih kekal dengan jenama tersebut.

"Mana-mana produk yang saya rasa berkualiti dan memberi faedah kepada masyarakat, saya akan terus bekerjasama dengan mereka. Lagipun, benda ini sangat penting dan semua orang memerlukan tilam. Jadi, adalah sesuatu yang baik apabila saya dapat memperkenalkan produk yang bagus dengan harga yang berpatutan kepada peminat di luar sana.

Lagipun, Vono sangat berpuas hati dan gembira dengan komitmen yang saya berikan. Saya dimaklumkan hasil jualan mereka sangat baik sejak saya menjadi duta selain respon yang diterima oleh pengguna juga sangat bagus," jelas pelakon yang popular dengan filem 'Pontianak Harum Sundal Malam' dan 'Ombak Rindu' ini kepada GUA.

Selain Vono, Maya turut menjadi duta produk bagi jenama kecantikan, L'Oreal Paris selama tujuh tahun, produk minuman kesihatan, Innershine (tiga tahun) dan jenama pakaian dalam, Sorella (dua tahun).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan