Nuffnang

Rabu, 5 Jun 2013

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


<b>Mila Jirin</b> Kini Menjadi Taukeh Restoran Thai. | Apa Tak Tahu <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 05:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Bermula dengan menjadi pelanggan setia di restoran Embun Urai Puchong, penyanyi Mila Jirin, 25, akhirnya telah pun sah menjadi tauke besar restoran berkenaan mulai Januari 2013.

Namun, ia bukanlah tanda untuk Mila berundur diri dari dunia nyanyian sebaliknya ia penguat untuk gadis muda ini melangkah lebih jauh sebagai artis yang bergelar usahawanita.

"Restoran ini sudah pun dua tahun beroperasi. Dulu saya pelanggan kemudian bertukar menjadi kawan kepada pemilik restoran. Dari situ, saya berubah sikit-sikit menjadi rakan kongsi sehinggalah sekarang ini restoran berkenaan sudah menjadi milik saya sepenuhnya.

"Saya dan ayah saya yang menguruskan restoran ini. Restoran ini buka setiap hari bermula jam 4 petang sehingga jam 12 tengah malam," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai kariernya pula, Mila berkata, dia masih lagi aktif menyanyi dan baru saja muncul dengan lagu terbaru berjudul Cinta Kasih.

"Menerusi lagu Cinta Kasih, saya berduet dengan Nubhan. Lagu ini dicipta oleh komposer yang sama dengan lagu Ombak Rindu iaitu Nur Zaidi. Lagu ini adalah projek istimewa saya dengan Nova Music.

"Saya dapat projek ini pun secara kebetulan. Lagu ini telah pun digunakan untuk drama di TV3 berjudul Cinta Kasih. Tahun ini, saya tidak akan ke luar negara lagi kerana banyak projek yang saya perlu lunaskan di Malaysia," jelasnya.

Dalam pada sibuk menyanyi dan berniaga, syarikat milik Mila juga sibuk menguruskan program hiburan termasuklah Karnival Wow Putrajaya.

"Hujung Februari ini, syarikat saya akan menganjurkan Karnival Wow di Putrajaya. Sudah dua tahun saya terlibat dalam program ini. Tahun ini, saya tidak akan menyanyi sebaliknya saya menjadi organiser. Syukur saya diberi kepercayaan dan mandat untuk menjalankannya.

"Apapun, saya berasa bersyukur kerana banyak syarikat korporat mempercayai saya dengan banyak memberikan show dan projek untuk saya sertai," ujar Mila yang masih berahsia mengenai status hubungan cintanya.

Ini alamat Restoran Mila Jirin.

EMBUN URAI THAI SEAFOOD,

20-1, PRIMA BIZHUB,

TAMAN TASIK PRIMA,

PUCHONG SELANGOR

Tiada ulasan:

Catat Komen