Nuffnang

Sabtu, 29 Jun 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Aiman Hakim Enggan Dedah Bercinta Dengan <b>Nur Fathia</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2013 06:15 PM PDT

Pelakon Aiman Hakim Ridza mengambil pendekatan untuk berdiam daripada membuat sebarang kenyataan mengenai gosip kisah cintanya dengan aktres Nur Fathia Abdul Latiff.

Aiman, 23, berkata, dia tidak akan menceritakan mengenai status perhubungannya dengan Fathia, 25, kerana mahu menjadikan kisah itu sebagai sesuatu yang harus disimpan.

"Saya memang tak nak komen tentang status perhubungan saya dengan Fathia. Rasanya perkara ini tidak sesuai diceritakan kepada umum kerana ia sangat peribadi," katanya kepada mStar Online.

Malah beritahu pelakon yang mula popular menerusi drama Vanila Coklat (TV3) ini, dia mahu mengikut jejak pelakon-pelakon senior lain yang berjaya dalam bidang lakonan tanpa perlu menghebahkan hal peribadi mereka.

"Saya tengok, kebanyakan pelakon yang berjaya kurang mendedahkan hal-hal peribadi mereka dan ternyata mereka berjaya dalam kedua-dua bidang iaitu seni dan rumah tangga masing-masing.

"Lain pula bagi yang menjajakan cerita, kerja entah ke mana, perhubungan cinta atau rumah tangga pula tak pergi ke mana.

"Benda-benda peribadi terutamanya berkaitan siapa pasangan kita, ia sangat sensitif," ujarnya.

- mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan