Nuffnang

Sabtu, 29 Jun 2013

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


CakapDotCom: <b>TOMOK</b> TIDAK LAGI PEMALU

Posted: 13 Jun 2013 02:26 AM PDT


Sedar tidak sedar, saya telah bergiat di bidang penyiaran negara hampir 18 tahun. Ramai individu  dan kumpulan  telah saya temu bual dalam tempoh itu. Antara mereka pemimpin politik dan  artis tempatan dan luar negara.
Seorang  daripada artis terbabit,  Tomok  sewaktu dia muncul dalam  program bual bicara  pagi, Malaysia Hari  Ini bersama kumpulan  New Boys, lama dahulu.
"Tengoklah klip video itu. Malu eh?,"  usik  saya.
Dia spontan menundukkan kepala, tersipu-sipu.  Saya  terlupa klip video lagu dipaparkan di skrin televisyen,  cuma   masih teringat  visual  van dan lagu  itu rancak dimuatkan dalam album pertama mereka.

Saya yakin  tatkala  itu usia  Tomok sama seperti sewaktu  lagu di bawah dirakamkan. Apapun,  sejarah itu tidak akan berulang. 

Kini Tomok  sudah menjadi  insan lebih  ternama  dan  berkeluarga,  Alhamdulillah.



Tomok masih terus  menjadi  penyanyi  dan saya  masih tidak berhenti melakukan kerja amat saya gemari,  bercakap,  turut dibantu oleh  2 rakan baik saya,  Zakiah Anas dan Omar Abdullah.



Apapun,  jika ingin  mendapatkan khidmat  kami  samada  untuk mengacarakan pelbagai majlis  atau mengendalikan bengkel CakapDotCom,   sila Whatsapp  019 244 5354  atau terus  hubungi 013 63 666 73 (Azmil Abdul Aziz)

Tiada ulasan:

Catat Komen