Nuffnang

Selasa, 30 Julai 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Isteri Tidak Cemburu Watak Romantik <b>Adi Putra</b> – Perak Today

Posted: 04 Jul 2013 11:00 PM PDT

putra adi

Pelakon Adi Putra mengakui isterinya Aida Yusof, 37 sudah lali dan tidak cemburu dengan watak romantik yang sering dilakonkannnya dalam drama dan filem-filem tempatan.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, setakat ini isterinya tidak pernah menunjukkan rasa kurang senang dengan mana-mana watak romantik yang dibawakannya bagi menjayakan sesebuah karya.

"Alhamdulillah, setakat ini isteri saya tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi cemburu dan saya rasa dia sudah biasa dan lali dengan watak-watak romantik saya dalam mana-mana drama atau filem.

"Dia faham itu hanyalah tanggungjawab saya sebagai pelakon dan kerjaya ini bukan baru tetapi sudah hampir 11 tahun saya menceburinya. Dia sangat faham," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, Aida tidak pernah meletakkan had-had dan batasan tertentu untuk dia berlakon dengan mana-mana wanita.

"Dia jarang masuk campur hal kerja saya dan tidak pernah beri sebarang limit untuk saya berlakon dengan perempuan.

"Saya sebagai suami yang sepatutnya tahu menjaga batasan dan kita juga ada Lembaga Penapisan Filem yang sentiasa menilai tahap sesebuah lakonan itu," katanya.

Kata Adi, dia perlu bijak membahagikan masa kerja dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak angkatnya Zara Adelia yang kini berusia sembilan bulan.

"Saya sentiasa menyusun jadual untuk sentiasa berada bersama keluarga jika tiada penggambaran. Kalau tiada apa-apa kerja saya lebih suka duduk sahaja di rumah," katanya.

Ditanya tentang anak angkat yang kurang didedahkan kepada umum, Adi berkata dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

"Saya tidak mahu dia terlalu mendapat publisiti tapi bukan bermakna saya menyorokkan dia daripada pengetahuan peminat.

"Saya memikirkan kesan apabila dia besar dan bersekolah nanti. Bukan senang untuk pikul populariti, biarlah saya sahaja yang dikenali masyarakat," katanya.

Tambah Adi, rezeki dan populariti sebagai pelakon bertambah sejak mengambil Zara Adelia menjadi ahli keluarga mereka.

"Saya percaya rezeki yang saya dapat dan populariti beberapa drama saya yang mendapat sambutan adalah kerana anak saya.

"Saya yakin rezeki yang kita dapat kita perlu kongsi dengan orang lain juga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adi sedang menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz dan telefilem Ijab dan Kabul untuk siaran Aidilfitri depan di TV3.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan