Nuffnang

Selasa, 30 Julai 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Jehan Miskin</b> Berjauhan Dengan Isteri - Gua.com.my

Posted: 22 Jul 2013 09:53 PM PDT

Buat pertama kalinya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang suami, pelakon Jehan Miskin berkongsi perasaan gembira apabila dapat meraikan bulan yang mulia ini bersama isteri tercinta, Julie Camelia Rhee.

Lebih mengujakan, Jehan turut memberitahu tidak sabar untuk membimbing  isterinya yang juga merupakan seorang mualaf warga Korea untuk menjalani ibadah Rukun Islam ketiga ini.

"Walaupun isteri saya pernah berpuasa sebelum ini, namun sebagai seorang mualaf baru, dia masih memerlukan sokongan daripada saya. Ini kerana bukan mudah untuk dia menerima perkara baru dalam hidupnya dan sebagai suami saya akan cuba untuk membantunya," ujar Jehan ketika ditemui baru-baru ini.

"Minggu pertama puasa kami tidak berpeluang untuk bersahur dan berbuka bersama kerana dia berada di Korea atas urusan kerja. Saya tak sabar nak tunggu dia balik dan suruh dia masak juadah sahur untuk saya. Isteri saya pandai masak masakan Western, Korea, Japun dan juga Itali," kata Jehan lagi.

Bulan Ramadan ini juga saya nak ambil kesempatan untuk meluangkan masa dengan isteri sebab sejak kahwin Mei lalu, kami tidak ada masa untuk bersama. Kerjaya isteri saya sebagai Pengurus Acara membuatkan dalam sebulan, sekurang-kurangnya seminggu dia perlu bertugas di luar negara. Tidak dinafikan susah juga hidup berjauhan namun saya hormati kerja dia. Memang saya rindukan dia, tapi sebagai suami isteri, kami perlu memahami dan berkorban untuk tanggungjawab masing-masing," ujar Jehan.

Berbicara mengenai soal cahaya mata, pasangan yang akan beraya di Kuala Lumpur ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan tidak mahu terburu-buru dalam menimang cahaya mata.

"Secara peribadi, saya sendiri tidak mahu anak dalam masa terdekat ini. Bukan tak mahu, tapi kami belum lagi merancang ke arah itu. Kalau boleh kami nak masa berdua dulu. Namun, jika ada rezeki, Alhamdulillah kami terima dengan hati terbuka," ujar pengarah drama 'What If' ini mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan