Nuffnang

Selasa, 30 Julai 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


“Ya, Memang Ini Adalah Imej Terkini Saya" - <b>Lisdawati</b> | Oh! Artis

Posted: 12 May 2013 07:40 PM PDT

lisdawati-bertudung-2

Industri hiburan Malaysia menyaksikan satu demi satu penghijrahan yang dilakukan artis wanita untuk berimej lebih suci iaitu bertudung dan menutup aurat. Sesungguhnya mereka adalah ikon yang patut dijadikan contoh dalam kita menjadi manusia yang lebih baik.

Terbaru, pelakon cantik manis Lisdawati telah pun memilih untuk berpenampilan baru iaitu bertudung. Penghijrahan yang berlaku ke atas dirinya bukan lah paksaan dari mana-mana pihak tetapi ianya datang dari hati nya sendiri untuk bertudung. Dengan penampilan barunya, Lisdawati tidak boleh lari daripada situasi dimana watak yang dibawanya dalam lakonan mengharuskan dia untuk tidak bertudung kerana bidang lakonan adalah sumber rezeki baginya.

"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

"Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.

"Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata." Jelas Lisdawati.

Lisda juga menegaskan dia akan terus kekal bertudung bukan sekadar suka-suka atau on off. Dia juga kini mula berjinak-jinak dengan perniagaan bagi menambahkan lagi sumber pencariannya untuk masa akan datang.

lisdawati-bertudung-5

lisdawati-bertudung-1

lisdawati-bertudung-3

lisdawati-bertudung-4

OHARTIS: ALHAMDUILLAH SEMAKIN RAMAI ARTIS WANITA MALAYSIA MEMILIH UNTUK BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT. SEMOGA IA MENJADI CONTOH DAN IKUTAN KEPADA YANG MASIH LAGI BELUM MENDAPAT HIDAYAH. AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan