Nuffnang

Selasa, 30 Julai 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> & Arja Lee Antara Bakal Pelajar Akademi Fantasia <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:17 PM PDT

Nampaknya bukan mereka dari kalangan bakat baru sahaja ingin mencuba nasib bersaing dalam musim terbaru Akademi Fantasia 2013 ini, selebriti juga mahu menunjukkan bakat yang mereka ada untuk turut serta.

Antara nama yang menjadi perhatian kerana berjaya di'senarai pendek untuk menjadi peserta adalah pelakon Arja Lee dan penyanyi, pelakon Fida Ibrahim yang masing masing sudah pun mencipta nama sendiri.

Arja Lee mengakui beliau masih mempunyai minat yang tinggi untuk bergelar penyanyi dan kerana itulah beliau sanggup luangkan masa untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 baru baru ini.

"Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi"

"Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis," ujar Arja Lee kepada Murai baru baru ini.

Dalam kes Fida Ibrahim pula, salah seorang juri Akademi Fantasia 2013 Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya beliau memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.

"Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja," ujar Cikgu Syafi.

Tiada ulasan:

Catat Komen