Alyah - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Alyah</b> Bakal Tutup Akaun Instagram - Gua.com.my Posted: 04 Jul 2013 08:35 PM PDT Sebelum ini, pelantun lagu 'Kisah Hati', Alyah pernah menutup akaun sosial Twitter miliknya. Terbaru, Alyah bakal menutup akaun Instagram-nya pula. Apabila ditanya mengapa dia hendak menutup akaunnya itu, jawapannya ringkas iaitu ingin memfokuskan diribuat sementara waktu dalam karier seninya. "Sebelum ini saya telah menutup akaun Twitter dan tidak lama lagi saya bakal pula menutup akaun Instagram. Penutupan akaun Instagram ini bukannya bermaksud saya tidak menghargai peminat namun saya lebih suka apabila semua benda-benda seperti itu tiada dengan saya,"katanya kepada GUA. Menurut Alyah, dia ingin memfokuskan dirinya pada album yang bakal dikeluarkannya tidak lama lagi dan disebabkan itulah dia tidak mahu terus leka berdamping dengan akaun-akaun sosial media. "Saya ingin fokus dengan album saya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan disebabkan itulah saya ingin menutup akaun Instagram buat sementara waktu ini. Bagi saya mereka semua faham dengan keputusan saya dan album yang bakal dikeluarkan ini merupakan hadiah buat mereka yang telah banyak membantu serta menyokong saya dari awal hinggalah ke hari ini. Sekiranya saya mempunyai akaun-akaun seperti Twitter, Instagram dan seumpamanya, saya akan leka bermain dan seterusnya akan menyebabkan saya hilang fokus terhadap tujuan kerja saya yang sebenar,"jelasnya yang anggun dengan penampilan barunya berhijab. "Alhamdulillah selepas saya berhijab ini, saya lebih tenang dan begitu selesa dengan penampilan saya sekarang. Ini mungkin kerana berkat doa saya sebelum ini, apabila menjejakkan kaki ke Kota Mekah buat kali kedua dan ini juga memberikan saya satu nikmat yang tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila. Walaubagaimanapun, Alyah memberitahu bahawa dia masih perlu banyak diberi bimbingan kerana apabila seseorang itu sudah berhijab, maka banyak perkara yang perlu dihindarkan supaya tidak timbul salah faham dan sebagainya. "Saya masih seperti dahulu, bezanya saya sudah berhijab. Justeru, banyak lagi yang perlu saya pelajari dan diberi bimbingan. Sebagai artis kita menjadi ikon dan disebabkan itulah saya harus berjaga-jaga supaya tidak timbulnya benda-benda musykil yang tidak baik berlaku pada diri saya nanti," ujarnya mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan