Nuffnang

Selasa, 9 Julai 2013

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


Khas PRU 13 : <b>Faizal Hussein</b> Undi Utk Keamanan | buahmulut.com

Posted: 08 Apr 2013 10:00 PM PDT

Bukan mudah bagi kami untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripada selebriti tempatan tentang pandangan mereka berkenaan Pilihanraya yang bakal diadakan pada kali ini. Ada yang terbuka memberikan kenyataan dan tidak kurang juga ada yang enggan memberikan sebarang ulasan. Alasan yang biasa diberikan oleh mereka ialah 'Isu ini sensitif untuk dikomen'


Faizal Hussien

Tidak mengapalah kerana kami faham akan situasinya. Mungkin takut 'saham' jatuh maka jalan selamat diambil. Kami hormati mereka diatas semangat prinsip demokrasi. Kami di Buahmulut.Com bakal membawakan edisi Khas PRU13 bersama artis tempatan. Pandangan & intipati harapan mereka terhada PRU 13 ini akan cuba kami kongsikan kepada pembaca BM. Apa yang diharapkan hormatilah apa jua pandangan mereka atas prinsip demokrasi sebagai rakyat Malaysia.

Selebriti pertama yang kami temubual berkaitan Edisi Khas ini namanya cukup besar didalam industri hiburan. Apatahlagi baru-baru ini beliau telah memenangi anugerah sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 25. Faizal Hussein yang kami temui berlapang dada memberikan pandangan tentang harapanya pada PRU 13 kali ini.


Faizal Hussien

Jelas Faizal Hussein "Apa yang saya harapkan agar pilihanraya pada kali ini dapat mengekalkan keamanan pada Negara, itu yang paling utama. Saya rasa kita perlu beri peluang pada mana-mana pihak yang pernah buat kesilapan. Kalau nak cuba pada yang baru tu boleh je tak ada masalah tapi ibarat kita 'Try & error'. Tapi kadang – kadang bila kita cuba 'benda' yang baru belum tentu hak-hak kita yang sebelum ini akan sama & terjamin. Jadi ada risikonya disitu."

"Jika ditanya apa harapan saya tentang pilihanraya pada kali ini sebagai rakyat Malaysia yang berhak mengundi, Saya akan pilih keamanan. Cuma apa yang saya harapkan juga ialah apa jua sistem yang sedia ada perlu diperbaiki lagi dari masa kesemasa untuk kepentingan rakyat. Sekarang ni pun apa yang saya lihat dari segi memperbaiki apa yang kurang sudah nampak prosesnya dan itu yang kita perlu sokong." Tambah Faizal Hussein yang bakal menjadi pengundi di kawasan Gombak.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan