Nuffnang

Selasa, 9 Julai 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Elfaeza Kini Bercinta Dengan <b>Sharnaaz Ahmad</b>? | ROTIKAYA

Posted: 04 Jul 2013 08:08 PM PDT

Pelakon baru yang semakin dikenali, Elfaeza Ul Huq selepas membintangi drama Iman Nabila sebelum ini menolak dakwaan bahawa dia kini bercinta dengan Sharnaaz Ahmad.

Menurutnya lagi kemesraan mereka berdua di set penggambaran drama Mukhlis yang menyatukan mereka membuatkan gosip ini timbul.

"Mana ada kami bercinta, kalau ada pun bercinta dalam drama Mukhlis, itu memang betul"

Namun begitu Elfaeza turut memberitahu bahawa jika ada sesiapa yang melihat kemesraannya bersama Sharnaaz di set penggambaran adalah hanya untuk menghayati watak dan mungkin kemesraan itu telah disalah anggap.

Pelakon Elfaeza Tepis Gosip Cinta <b>Sharnaaz Ahmad</b> – Perak Today

Posted: 04 Jul 2013 06:39 PM PDT

Sharnaaz-elfaeza

Pelakon dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Huq menepis gosip kononnya dia mempunyai hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad sebaliknya hubungan itu tidak lebih daripada kawan biasa.

Elfaeza, 28, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai gosip tersebut dan menyifatkan cakap-cakap itu timbul mungkin kerana kemesraan mereka di set penggambaran drama Mukhlis terbitan Saphire Screen baru-baru ini.

"Mana ada kami bercinta. Tapi kalau bercinta dalam drama Mukhlis memang betul.

"Mungkin gosip ini timbul kerana ada pihak melihat kemesraan kami di set penggambaran tetapi semua itu sekadar mahu menghayati watak sahaja Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi cakap-cakap mengenai perhubungan kami," katanya kepada mStar Online.

Elfaeza ditemui pada pelancaran koleksi baju raya terbaharu daripada pereka Azura Azwa di Rafflesia, Hotel Park Royal di sini, pada Khamis.

Drama Mukhlis arahan Faizal Loy akan disiarkan pada sambutan Aidilfitri nanti di saluran RTM.

Dalam pada itu aktres berkenaan bersama empat lagi selebriti baharu iaitu Fify Natasha, Reen Rahim, Mimie Ernida dan Ezzaty turut menggayakan baju Hari Raya rekaan adik beradik iaitu Azura dan Azwa.

"Saya bersyukur sangat apabila diberi peluang menggayakan rekaan terbaharu itu. Memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia seni tempatan, ia sedikit sebanyak dapat memperkenalkan lagi nama saya kepada umum menerusi majlis ini," ujarnya.

Sementara itu, Azura, 29, berkata, koleksi Hari Raya pada kali ini lebih memberikan fokus gaya 'retro' moden.

"Kami mengambil inspirasi daripada seniwati Saloma yang memiliki ciri-ciri gaya klasik. Imej klasik itu kami memperkemaskan dengan rekaan moden menggunakan fabrik jenis 'brocade', sifon, 'crepe' dan sutera satin," kata Azura.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi Hari Raya Azura Azwa boleh datang ke butik mereka Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini atau layari Facebook label berkenaan.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan