Nuffnang

Selasa, 9 Julai 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - <b>Saiful Apek</b> Diperintah Bela Diri

Posted: 22 May 2013 06:34 AM PDT

Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

22 May 2013, 09:34pm by nur farhanin



Pelakon dan pelawak Saiful Apek bersama tiga rakannya diperintah membela diri atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Alin Abdullah membuat keputusan itu selepas menerima rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

25 Jun tahun lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskan Saiful dan rakannya selepas Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie.

Ini berikutan terdapat percanggahan pada label di botol sampel air kencing keempat-empat tertuduh.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohammad Saifulazam Mohammad Yusof bersama Shah Zainatul Ehsan Al Muazam Shah Yahya, Shaiful Baharom, dan Noremy Mohammad didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Jun 2010 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Tiada ulasan:

Catat Komen