Nuffnang

Sabtu, 17 Ogos 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


<b>Aaron Aziz</b> Muncul Dengan Buku Poster - Gua.com.my

Posted: 20 Jul 2013 09:00 AM PDT

Setelah 10 tahun penglibatan aktor terkenal, Aaron Aziz dalam industri seni tempatan, Kumpulan Media Karangkraf dan Media Hiburan memilih untuk mengiktiraf Aaron dengan menerbitkan sebuah biografi berbentuk poster.

Buku poster yang diberi nama 'Buku Poster Super Hot Aaron Aziz Media Hiburan' tersebut merangkumi koleksi gambar-gambar Aaron yang bermula sebagai watak pembantu dan seterusnya diangkat sebagai bintang popular oleh peminat-peminat fanatiknya.

"Sejak beberapa drama dan filem Aaron Aziz menjadi fenomena dan berjaya menambat hati penonton, kami mendapat banyak permintaan daripada peminat untuk mengabdikan gambar-gambar Aaron secara eksklusif," kata Che Meen Tahrin selaku Editor Pengurusan Media Hiburan ketika ditemui di pelancaran buku poster tersebut di Shaftbury Century, Cyberjaya, pada Khamis.

Dipilih sebagai selebriti pertama yang diberikan penghormatan oleh pihak Karangkraf, buku poster tersebut dijual pada harga RM 8.90. Gambar-gambar yang dimuatkan dalam buku poster tersebut merupakan gambar ekslusif yang mana tidak pernah disiarkan di majalah sebelum ini.

Bersempena dengan pelancaran buku tersebut, satu majlis berbuka puasa bersama-sama kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Baitul Hidayah turut diadakan. Sumbangan bernilai RM6,000 dan hamper turut diberikan kepada rumah kebajikan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan