Elly Mazlein - Google Blog Search |
Biar masa menentukan - <b>Elly Mazlein</b> - Utama - Utusan Online Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT TOPIK walimatulurus paling digemari buat wanita bujang kerana rata-rata mempunyai impian tersendiri. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 32. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mempunyai keinginan untuk menjadikan hari bersejarah itu sebagai saat terindah dalam hidupnya. Malah sejak bertunang dengan pengarah Azmi Hatta, 38, dua tahun lalu, Elly sudah mula merencana sesuatu yang indah untuk meraikan penyatuan dengan belahan hatinya itu. Pun begitu sebagai manusia biasa Elly pasrah apabila harapannya itu masih belum terlaksana. Lebih malang apabila hasrat tersebut kemudiannya dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang. Semuanya bermula selepas perancangan asal untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada penghujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Ironinya dia dihujani spekulasi demi spekulasi. Status Elly sama ada masih tunangan Azmi kemudiannya menjadi tanda tanya. Lebih buruk apabila penafian yang dibuat daripada kedua-dua pihak itu dikaburi oleh cakap-cakap orang luar yang seolah-olah mengiyakan cerita Elly sudah putus tunang. Mengesahkan dirinya masih tunangan kepada Azmi, Elly juga menyatakan rasa kesal apabila kisah pertunangannya itu menjadi bahan perbualan ramai. "Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin. "Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan). "Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa. "Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti," katanya penuh makna pada pertemuan petang Selasa lalu. Bertitik tolak dari situ, Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azmi pada 29 Mei 2011 kemudiannya dihujani dengan spekulasi putus tunang. Apatah lagi selepas perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lalu terpaksa ditunda atas alasan tuntutan kerja. Sengaja mengusik tentang tarikh sebenar perkahwinan menyebabkan dia menarik nafas panjang. Anak kelahiran Slim River, Perak ini kemudiannya mengaku tidak punya tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Azmi. Sebaliknya Elly menyerahkan urusan jodoh tersebut kepada takdir dan waktu. "Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly. "Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan. "Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," katanya yang mengaku lebih senang berkongsi berita gembira berbanding cerita negatif kepada khalayak. "Elly memilih untuk merahsiakan soal hati. Tak manis seorang wanita sewenang-wenangnya bercerita tentang kisah isi hatinya kepada khalayak. Nanti mengundang spekulasi lagi. "Jadi lebih baik kalau Elly simpan diam-diam luahan perasaan Elly itu dan hanya luahkan pada lagu saja," kata penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sabarlah Hati.. Lagu ciptaan Manusia Putih itu dikatakan berkait rapat dengan keadaan yang sedang dialami Elly apabila menyerlahkan bait-bait yang menyusuk jiwa. Kata Elly, seperti orang lain dia juga mahu mencintai dan dicintai dan sebagai seorang artis, tiada apa lain yang tinggal selain sekelumit ruang untuk dirinya. Justeru dia tidak akan berkompromi dengan soal yang satu itu. |
<b>Elly Mazlein</b> Gembira Masih Diterima Sebagai Penyanyi - Perak Today Posted: 13 Aug 2013 08:41 AM PDT Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mengakui gembira apabila lagu baharu nyanyiannya berjudul Bersabarlah Hati mendapat sambutan yang menggalakkan. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, perkara tersebut membuatkannya lebih yakin untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian semula. "Alhamdulillah, saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah untuk penyanyi yang sudah lama tidak keluar dengan lagu baru kembali semula dalam bidang nyanyian. "Saya bersyukur dapat lagu yang bagus daripada komposer Manusia Putih yang mendapat sambutan daripada pendengar di stesen-stesen radio," katanya ketika ditemui mStar Online. Kata Elly, promosi besar-besaran terhadap lagu tersebut akan dilakukan selepas Hari Raya ini. "Saya belum buat apa-apa promosi sebab terlalu sibuk dengan penggambaran drama. "Insyaallah, promosi akan dibuat selepas Hari Raya ini," katanya. Sementara itu, Elly yang sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Mencari Cinta untuk RTM mengakui agak terkilan kerana terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon untuk drama keluaran pada Hari Raya. "Drama Mencari Cinta ini sebanyak 40 episod jadi saya terpaksa menolak benyak tawaran untuk telefilem raya. "Penggambaran banyak dilakukan dalam dan luar negara, sebab drama ini juga promosi lagu itu pun tertangguh. "Insyaallah selepas habis penggambaran baru boleh rangka balik jadual, setakat ini saya memang suka fokus pada satu kerja dan tidak suka ambil banyak-banyak tawaran dalam satu masa," katanya. -mStar |
You are subscribed to email updates from Elly Mazlein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan