Nuffnang

Sabtu, 17 Ogos 2013

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Tomok</b> Mahu Jaga Privasi Arrian - Gua.com.my

Posted: 11 Aug 2013 10:17 PM PDT

Ungkapan "biasaaaa diaaa" menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Keek mendapat perhatian umum dan sekali gus menjadikan Tomok dan anak lelakinya, Arrianshah Akid semakin popular. Tomok mengakui kehadiran cahaya mata sulungnya itu menjadi sinar baru kepada dia dan isteri.

                        

"Sambutan hari raya tahun ini lebih meriah untuk kami sekeluarga kerana Arrian sudah berusia setahun dan kami lebih bersemangat untuk membeli-belah untuknya. Tahun ini kami bergaya hijau sedondon," ujar Tomok berkongsi cerita.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail mengakui anaknya itu lebih popular daripadanya. Walaupun bersikap terbuka dan berkongsi video-video anaknya di laman sosial, namun Tomok menegaskan yang dia turut memantau bagi memastikan privasi keluarganya tetap terjaga.

                        

"Saya terbuka namun dalam masa yang sama tidak memberikan 100% untuk tatapan umum bagi menjaga privasi anak saya. Saya turut memantau video-video yang ingin dimuat naik kerana saya tidak ingin kisah peribadi dikongsi melebihi kerjaya seni saya. Kalau boleh saya ingin kerjaya lebih ke depan," ujar Tomok lagi.

Jelas Tomok, dia akan mempertimbangkan sekiranya diberikan tawaran untuk menampilkan wajah anaknya di mana-mana media kerana tidak ingin anaknya terleka pada usia muda. Tidak dinafikan wajah comel Arrian membuatkan si cilik itu mempunyai peminatnya tersendiri walaupun hanya berusia setahun.

                        

Selain itu, Tomok turut melahirkan rasa terujanya kerana bakal tampil dengan album baru setelah tiga tahun tidak muncul dengan apa-apa buah tangan. Malah, kumpulan Manifesto yang dianggotainya untuk program realiti, 'Versus' juga tampil dengan sebuah lagu raya rancak hasil nukilan salah seorang anggota kumpulan tersebut, Fami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan