Nuffnang

Sabtu, 17 Ogos 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Cerita Artis: Belum selesai membeli - <b>Didie Alias</b>

Posted: 08 Aug 2013 12:00 AM PDT

APABILA tiba bulan Ramadan, kebanyakan daripada kita akan mula memikirkan barang-barang keperluan dan juga persiapan untuk menghadapi ketibaan bulan Syawal yang menandakan sambutan Aidilfitri telah bermula. Tetapi terdapat juga segelintir daripada kita yang lebih gemar untuk membeli-belah pada hari-hari terakhir Ramadan kerana merasakan mereka boleh mendapatkan barang-barang yang diidam pada harga yang lebih berpatutan berbanding jika membeli sebelumnya. Begitulah juga situasi pelakon dan pengacara, Didie Alias berhubung persiapannya menjelang hari raya. Menurut Didie, dia sering merancang untuk membeli barang-barang sedikit awal daripada kebiasaan, namun ia tidak akan berjalan lancar. "Persiapan raya saya sekeluarga pada waktu ini sejujurnya masih belum selesai, kerana saya sudah terbiasa membeli barang-barang keperluan pada beberapa hari terakhir Ramadan. "Memang sedikit kelam-kabut dibuatnya tetapi semua benda yang dicari pasti akan ditemui. Ini berbeza sekiranya saya bercadang untuk berbelanja awal, ada sahaja yang tidak kena nanti," katanya kepada Hits. Didie ditemui sewaktu menghadiri majlis Tribute Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, yang diadakan bertempat di N'dah Mahligai Restaurant & Catering, di Shah Alam baru-baru ini. Tambah ibu kepada lima orang anak ini lagi, membeli belah pada saat akhir juga mempunyai kebaikan yang tersendiri apabila kebanyakan daripada barang yang dicari akan dijual pada harga tawaran. "Sebagai contoh kuih raya, hari-hari terakhir Ramadan barang ini akan dijual pada harga borong yang sangat murah jika dibandingkan sewaktu awal Ramadan. "Sekurang-kurang dapat juga saya berjimat sedikit dalam membeli barang-barang keperluan untuk diri dan keluarga nanti," katanya yang bakal pulang beraya ke Melaka, seperti kebiasaan. Pada majlis itu juga, Didie turut bersama peminatnya yang menggelarkan diri mereka sebagai 'ladydidielovers' selain ditemani suami tercinta, Nur Isham Ismail, 37. Antara projek wanita berusia 40 tahun yang bakal menemui peminat pada sambutan Aidilfitri tahun ini termasuklah filem alih suara, Madagascar 3, rancangan Lari-Lari Warna dan juga sebuah telemovie yang menyaksikan Didie berganding dengan Johan Raja Lawak iaitu Hantu Telur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan