Adam af - Google Blog Search |
[200713] Majlis Iftar bersama <b>Adam AF</b> di Restoran Intai-Intai | The <b>...</b> Posted: 27 Jul 2013 08:12 AM PDT Minggu lepas, Fatin dan Alia (adik) berkesempatan untuk berbuka puasa bersama Adam AF di Restoran Intai-Intai, Jalan Ampang Hulu Kelang. Ini kali kedua dapat berbuka puasa bersama beliau, tahun lepas di Paradiso, Titiwangsa (entri INI). Tapi kali ini berbeza dengan tahun lepas, tiada aktivti dilakukan. Hanya makan dan berkongsi cerita. Tablemates kitorang sangat friendly dan ada yang kelakar. Nice to meet u all! :) Kongsi macam2 cerita termasuklah cerita seram. Mentang2 bulan puasa.. Kak Mieza, Kak Marina, Azreen, Kak Fazreena dan lagi 2 orang kawan. Bercerita tentang restoran pulak, dekorasi sangat cantik! Like! Makanan pelbagai jenis, sedaaap! Air pun pelbagai jenis, teh tarik sangat terbaik! Fatin tak makan semua jenis makanan, just makan sebiji kurma, nasi mandy kambing, desserts like agar2, air batu campur (ABC) dan rojak buah. Gambar pun tak sempat nak snap banyak. Teruja nak makan, bila dah kenyang, nak snap gambar, semua dah licin, macam mana? hahaha :p Tapi korang boleh tengok kat website restoran intai-intai di SINI. Adam singgah dari meja ke meja tetamu dan berkongsi pengalaman tentang rawatan islam. Pusat Rawatan Islam beliau, Nur Khalifah Al Hasani telah beoperasi bermula julai. Sampai kat meja kitorang, kitorang pun banyak tanya jugak dan Adam menerangkan setiap jawapan. Sedikit perkongsian daripada Adam: Ada satu kes di Penang, ada seorang budak yang mana kakinya bengkak dan memberi kesan kepada cara dia berjalan. Bila check, ada 'benda'. Then, beritahu kat mak dia, doa dan lafazkan untuk anak dia. Selepas itu, tengok keadaan anak itu, terus boleh berjalan seperti biasa, on the spot. Jadi, kita beritahu kepada mak itu, jangan salah sangka, bukan kita yang buat, ini adalah doa akak sendiri. Minta kepada Allah, dengan kesungguhan dan pemahaman yang betul, alhamdulillah boleh hilang. Kita perlu doa dengan bersungguh-sungguh, kalau sekadar cakap je, tapi takde hati. Sebenarnya semua ini bermula dari hati. Nawaitu kita. Ada orang tanya soalan tentang rawatan untuk kencing manis yang kronik, adalah boleh dirawat. Kata Adam, "Insya Allah, boleh, kita cuba, kita ikhtiar. Tapi kadang2 ada orang putus asa. Jangan kita putus asa dengan rahmat Allah. Kita kena berdoa. Tapi kadang2 dalam kita berdoa tu, kita nak rasa doa tu, macam mana, ini kunci yang kita selalu tak jumpa. Even dalam solat pun, kadang2 kita buat syarat sah solat je, asalkan ada al-fatihah, sah kita punya sembahyang. Jadi macam mana penghayatan kita dalam solat tu, ada tak kita rasa. Inilah benda yang kita perlu belajar. Barulah sedapnyaa.. Itulah orang kata ibadah dalam solat ni, best, macam makan coklat, umpama macam tu la, hmm best, sedapnyaaa.. Tapi sekarang ni, kalau boleh kita nak cepat je, habis je salam, terus tengok kpop." Ada soalan lain, tentang ikhtiar tu macam mana? Macam mana nak tahu ada 'benda' tu? Dalam surah2 atau ayat2 al-quran yang diamalkan oleh para tabiin, yakni selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, seperti Alif Lam Mim, ....(surah al-baqarah) Jadi kalau kita nak tahu benda tu ada kat dalam, kita akan rasa panas. Tapi 'benda' ni pandai menipu. Contoh, saya lawan dengan orang yang besar, tumbuk2, siapa lemah, dia akan pengsan, tapi dia tak mati. Macam tu la 'benda' tu kat dalam. Bila kita baca2 ayat al quran, sembelih 'dia', then orang kata ok dah. Tapi sebenarnya 'dia' duduk dalam badan lagi, dia pengsan. Bila dia sedar, dia cergas balik. Ada kawan tanya kalau lemah semangat, boleh ubat ke? Lemah semangat ni sebenarnya kena beri dia pemahaman. Bukan setakat bagi ayat, amalkan. Amal baca ayat, tak tahu apa2 pun, tak guna jugak. Kita kena faham. Kena faham erti syahadah. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila kita angkat syahadah itu, adakah kita membawa dan terjemahkan syahadah itu dalam kehidupan kita. Sekian sahaja perkongsian yang dapat Fatin share di sini. Sebelum balik, sempat Adam dan Marlon menyanyikan lagu Kemarau, Lagu Sedih dan Selamanya. Kali terakhir mendengar V.I.P perform. Sedih sangat... :( Ok, untuk makluman, V.I.P dah bubar. Details, next entry la, hehe.. Nanti korang tak larat nak baca, Fatin pun tak larat nak taip.. ;) Sekarang tengah sakit tekak & demam. Doakan saya cepat sembuh.. |
You are subscribed to email updates from Adam af - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan