Nuffnang

Khamis, 1 Ogos 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Diana Amir</b> Tak Mahu Desak Tunang - Gua.com.my

Posted: 21 Jul 2013 06:31 PM PDT

Pelakon Diana Amir memberitahu pihak media sehingga kini dia dan tunangnya, pensyarah UiTM, Mohd Habib Bullah A.Rahman, tidak mempunyai tarikh untuk melangsungkan perkahwinan mereka walaupun Ogos ini genaplah setahun usia pertunangannya mereka.

"Nampak gaya pertunangan kami macam kena tangguh sebab kami belum pun sempat berbincang tentang persiapan perkahwinan. Bahkan, tarikh pun belum ada. Kalau ikut perjanjian, kami hanya mahu bertunang selama setahun. Tapi, kesibukkan tugas memaksa kami untuk tangguhkan dulu hal kahwin ini.

Sebagai perempuan, saya hanya menunggu keputusan pihak lelaki. Bagaimanapun, saya  tidak mahu mendesak mahupun memaksa pihak lelaki untuk melangsungkan perkahwinan kerana saya faham dia kini sibuk dengan pengajiannya di Universiti Sains Malaysia dan dalam masa yang sama membantu menguruskan perniagaan saya," ujar Diana yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Metrowealth Sdn Bhd (MIG) baru-baru ini.

Biarpun tarikh perkahwinannya melewati perancangan awal, namun bintang 'Aku Masih Dara' ini mengakui dia dan tunang tetap mahu berkahwin pada tahun ini.

"Seboleh-bolehnya, saya mahu melangsungkan perkahwinan kami pada tahun ini juga. kalau tidak sempat Ogos ini, selewat-lewatnya hujung tahun ini. Saya tidak mahu menangguh-nangguhkannya lagi kerana dalam tempoh bertunang ini banyak dugaan yang perlu kami hadapi.

Selain, cuba untuk saling memahami, kami juga perlu mengawal perasaan bagi menjaga batas agama. Sebagai pasangan bercinta, memang ada perasaan sentiasa ingin dekat dengannya, tetapi baik saya mahupun dia kena bersabar dan ingat kami akan berkahwin tidak lama lagi," ulas Diana yang mengakui sering ditemani ahli keluarga apabila keluar bersama tunangannya itu.

Dalam perkembangan lain, Diana memaklumkan dia kini tidak terlalu bergantung kepada bidang lakonan untuk mencari rezeki, sebaliknya mencuba beberapa bidang lain yang turut digemarinya seperti menjadi panel motivasi.

"Apabila saya ambil keputusan untuk berubah, saya sudah bersedia untuk menghadapi situasi di mana saya tidak akan mendapat banyak peluang berlakon. Ini kerana tidak banyak watak yang sesuai dan boleh dilakonkan oleh wanita bertudung. Saya tidak kisah pun kerana banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan. Kini, saya mencuba bidang pengacaraan dan dalam masa yang sama menjadi motivator. Kalau ada skrip yang sesuai, saya tetap akan berlakon kerana itu minat saya," ujar Diana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan