Nuffnang

Khamis, 1 Ogos 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Nak Jumpa Cucu, Kena Jumpa Saya Dulu – <b>Farid Kamil</b> |

Posted: 29 Jul 2013 09:10 AM PDT


Nampaknya hubungan antara Farid Kamil dan ibu mertuanya memang berada di fasa yang sangat tidak baik. Terkejut juga Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Farid Kamil menerusi Mstar Online. Terasa macam babak dalam drama Melayu pulak.

farid kamil dan anak

Diminta mengulas hubungan dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramil, Farid Kamil berkata:-

Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu. Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka. Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati

farid kamilNampak gayanya memang benarlah bahawa perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle tidak direstui oleh ibu mertuanya. Malah menurut Farid Kamil, Diana Danielle turut merasa kecewa dengan sikap ibunya itu. Kata Farid lagi:-

Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin

diana danilelleUntuk makluman, buat masa ini anak sulung Farid Kamil dan Diana Danielle masih lagi belum diberikan nama. Kata Farid:-

Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu. Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana.

Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya,

Semoga dengan kehadiran cucu ini, hubungan Farid, Diana dan ibu mertua akan dapat dirapatkan semula. Selalu orang tua-tua ini bila dah tengok cucu hatinya akan lembut. Mungkin Farid boleh ambil inisiatif untuk membawa anaknya bertemu dengan si nenek. Insya-Allah akan dipermudahkan.

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Farid Kamil</b>, Diana Danielle Belum Putuskan Nama Anak | ROTIKAYA

Posted: 29 Jul 2013 05:28 PM PDT

Pelakon kacak, Farid Kamil telah memberitahu kepada media bahawa buat seketika ini dia tidak membenarkan ibu mertuanya itu untuk melawat putera sulungnya buat sementara waktu ini.

"Apabila bayi sulung kami dilahirkan ini, saya berasa begitu protective terhadap keluarga saya lebih-lebih lagi terhadap isteri dan anak kami. Oleh itu, sekiranya ibu mertua saya mahu datang untuk melawat cucunya, dia perlu berjumpa dengan saya terlebih dahulu sebelum terus berjumpa dengan mereka kerana saya tidak mahu dia bertindak di luar kawalan dan timbul pula masalah yang lain"

"Saya kalau boleh tidak mahu kejadian salah faham ini mengeruhkan lagi suasana hubungan keluarga kami," katanya ketika ditemui di pelancaran drama bersiri Astro Mustika HD berjudul Jodoh Itu Milik Kita.

Sementara itu, Farid Kamil turut menjelaskan bahawa anaknya itu belum mempunyai nama kerana masih belum mendaftar kelahiran itu di Malaysia.

Walaubagaimanapun, dia dan isterinya sudah mempunyai beberapa pilihan nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepada anak sulungnya.

"Setakat ini saya belum memutuskan lagi untuk meletakkan nama anak saya kerana kami masih berada di luar negara dan saya belum mendaftar kelahirannya di Malaysia. Tetapi sudah ada beberapa nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepadanya. Oleh itu, saya berharap di bulan mulia ini, iaitu pada malam 10 terakhir Ramadhan ini saya dapat mencipta satu ilham nama yang unik dan kreatif buat putera sulung saya ini," katanya.

Farid dan isterinya, Diana Danielle juga turut bakal pulang beraya di kampung halaman masing-masing, apabila menjelangnya syawal yang akan tiba pada lebih kurang 10 hari lagi ini.

"InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang saya dan keluarga dijangka bakal beraya di Malaysia dan kemungkinan Raya pertama akan beraya di Kedah iaitu di kampungs saya dans seterusnya di kediaman Diana," ujarnya ringkas.

Untuk perkembangan terbaru, Farid Kamil akan muncul dalam drama terbaru terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd berjudul 'Jodoh Itu Milik Kita' bersama-sama dengan pelakon Tiz Zaqyah, Nabila Huda, dan yang lain-lain. Drama bersiri ini bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 19 Ogos 2013 secara eksklusif hanya di saluran 134.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan