Nuffnang

Khamis, 1 Ogos 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> Dah Tak Kuasa Nak Layan Cinta? - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Setelah melalui pelbagai pengalaman cinta yang tidak kesampaian pada masa lalu, aktor berbadan sasa, Fahrin Ahmad akui dia kini tidak terdesak untuk bercinta kembali. Malah, Fahrin Ahmad berkata di usianya yang kini mencecah 34 tahun dia sudah cukup stabil dan selesa untuk hidup sendiri.

"Terus-terang di usia yang sudah mencecah pertengah 30-an ini, saya sudah selesa dengan cara hidup bujang atau seorang sahaja. Kadang-kadang tu pernah terdetik rasa risau juga apabila sudah terlalu selesa dan sudah pandai mengurus diri sendiri daripada membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya.

"Tambahan pula, masalah saya sekarang, saya sudah malas untuk memulakan perkenalan dalam percintaan iaitu seperti ketika usia 20-an dulu dan mungkin usia kini sudah mematangkan saya.

"Selain itu, pengalaman cinta lal, telah membuatkan saya kini lebih tenang dan tidak terdesak untuk mencari pasangan. Dalam bahasa kasarnya kini saya dah tak kuasa nak layan cinta seperti dulu. Namun saya tak menolak jika sudah tiba masanya jodoh saya kerana saya pasti jodoh saya itu ada untuk saya," katanya kepada murai.com.my selepas Program Amal PNB Darby Park yang berlangsung di hotel tersebut.

Namun, Fahrin Ahmad akui dia pernah rasa sunyi hidup seorang, lebih-lebih lagi ketika menyambut Ramadan.

"Sebenarnya, ketika menyambut puasa tahun-tahun sebelum ini saya tak nafikan memang saya sudah mula rasa sunyi apabila terpaksa berpuasa seorangdiri tanpa teman atau kekasih. Tapi kali ini tidak pula, malah saya lebih suka memikirkan mengenai kerjaya dan sibuk dengan aktiviti seni saya.

"Lagipun, jika hendak bercinta kembali, saya akan jadi lebih fussy sedikit kerana saya susah nak percaya sama ada orang itu boleh terima saya seadanya atau tidak, begitu pula dengan saya sebaliknya,"luahnya lagi.

Fahrin yang masih mengacarakan program Intai Gelanggang di TV2 itu bakal memulakan penggambaran tak lama lagi di bulan puasa ini untuk sebuah telemovie terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan