Nuffnang

Ahad, 11 Ogos 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Mahu Kahwin Pada Usia 25 - Gua.com.my

Posted: 30 Jun 2013 09:00 AM PDT

Namanya jarang dikaitkan dengan mana-mana wanita, namun penyanyi berbakat besar Aizat Amdan, 24, akui dia ingin menamatkan zaman bujang pada usia 25. 

"Bagi saya, umur yang ideal untuk berkahwin adalah pada usia 25 tahun. Tapi melihat pada keadaan saya sekarang, saya rasa biarlah ia datang dengan sendiri", kata Aizat.

Tambah vokalis kumpulan Go Gerila ini, dia sedang dalam proses mencari wanita yang sesuai dengan dirinya di mana wanita tersebut mestilah kena bertahan dengan sikap Aizat yang kompleks dan juga keras kepala.

"Saya ada berkawan dengan beberapa orang. Kalau ada yang boleh tahan dengan keras kepala saya dan keluarga pun setuju, insyaAllah saya akan berkahwin", jelasnya.

Kata Aizat lagi, gadis yang bakal menemani Aizat sepanjang hidupnya nanti haruslah menerima Aizat seadanya. 

"Saya belajar satu 'skill' untuk mencari orang yang sesuai dengan kita iaitu dengan menjadi diri sendiri. Kalau saya kata saya suka sesuatu perkara tapi dia tidak suka, saya harap dia dapat terima saya seadanya", katanya.

Aizat turut berkongsi bahawa ibunya sudah mula berharap untuk menimang cucu. Tapi kata Aizat, biarlah kakaknya yang baru berkahwin baru-baru ini yang melunaskan permintaan ibu mereka terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan