Nuffnang

Ahad, 11 Ogos 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Jadual Perlawanan Kejohanan Badminton Dunia 2013 | Siaran <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 01:36 AM PDT

BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2013 , GUANGZHOU CHINA


5 - 11 OGOS 2013

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita mengikuti Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Guangzhou, China. Kontinjen negara seperti biasa diketuai Datuk Lee Chong Wei akan cuba memulihkan maruah badminton Malaysia yang dimalukan Jerman dalam Piala Sudirman Mei lalu. Ini merupakan petanda bahawa sukan yang kita pelopori suatu ketika dulu akan tinggal sejarah jika tiada program pembangunan yang mantap dan berkesan.

Sama seperti bola sepak yang hilang punca, pemain badminton negara perlu buktikan yang Malaysia masih unggul dalam sukan ini. Diharapkan barisan pimpinan BAM yang baru dapat lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukannya peribadi.


Jika dilihat dari keputusan undian, Datuk Lee Chong Wei berjaya mengelak bertemu Lin Dan dan Chen Long di pusingan awal hinggalah ke Final nanti. Tapi itu bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kejutan memang boleh berlaku dalam kejohanan yang besar seperti ini. Ditambah pula dengan pemain China beraksi di laman sendiri memberi sedikit kelebihan kepada mereka.

Fakta Kafe Que : 

China menyapu bersih kesemua pingat emas dalam 5 kategori yang dipertandingkan pada tahun 2010 & 2011

 Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan finalis pada tahun 2011 (Lin Dan Juara)

Dalam acara beregu, pasangan Koo Kien Keat / Tan Boon Heong mendapat bye dalam pusingan pertama. Cabaran getir menanti di pusingan Semi Final jika mereka mara dan lawannya mungkin pasangan Denmark (pilihan ke-3) Mathias Boe / Carsten Mogensen. 

Fakta Kafe Que : 

Malaysia masih belum pernah menang pingat emas dalam Kejohanan Badminton Dunia sejak mula dipertandingkan pada tahun 1977

Tonton Live Kejohanan Badminton Dunia 2013



Astro Supersport 4 (817) HD (835)

Visual Live Score ada di bawah sekali


Berikut adalah Jadual Siaran Langsung Perlawanan Kejohanan Badminton Dunia 2013

Pusingan 1 (5 Ogos 2013)

Chong Wei Feng vs Rajiv Ouseph 21-11, 21-15

12.00 pm waktu Malaysia

Lee Chong Wei vs Scott Evans 21-14, 21-15

12.50 pm waktu Malaysia

Liew Daren vs Vladimir Malkov 21-18,20-22,21-9

6.40 pm waktu Malaysia

Pusingan 1 (6 Ogos 2013)

Mohd Zakry / Moh Fairuzizuan vs Philip Chew / Sattawat Pongnairat 21-14,13-21,21-10

9.00 pm waktu Malaysia ke atas


Chan Peng Soon/ Goh Liu Ying vs Kim Ki Jung / Jun Kyung Eun 18-21,19-21

5.00 pm waktu Malaysia ke atas

Pusingan 2 (7 Ogos 2013)

Mohd Zakry / Moh Fairuzizuan vs Vladimir Ivanov / Ivan Sozonov 14-21,21-15,21-16

12.00 pm waktu Malaysia ke atas

Lee Chong Wei vs Rumbaka Dionysiu 14-21, 21-18, 21-11

03.30 pm waktu Malaysia ke atas

Chong Wei Feng vs Dmytro Zavadsky 21-6,21-13

5.00 pm waktu Malaysia

Daren Liew vs Zi Liang

08.00 pm waktu Malaysia ke atas

Pusingan 3 (8 Ogos 2013)


Chong Wei Feng vs Lin Dan
1.45 pm waktu Malaysia

Lee Chong Wei vs Wang Zhengming 21-12,21-7

4.00 pm waktu Malaysia ke atas

Liew Daren vs Chen Long
5.00 pm waktu Malaysia ke atas


Koo Kien Keat / Tan Boon Heong vs Lee Chun Hei / Ng Ka Long

2.30 pm waktu Malaysia

Mohd Zakry / Moh Fairuzizuan vs Hiroyuki / Kenichi

2.00 pm waktu Malaysia ke atas

Suku Akhir (9 Ogos 2013)

Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto21-6,21-9

6.45 pm waktu Malaysia ke atas

Koo Kien Keat / Tan Boon Heong vs Kim Ki Jung / Kim Sa Rang

2.00 pm waktu Malaysia

Separuh Akhir (10 Ogos 2013)

Lee Chong Wei vs Du Pengyu 20-22,21-12,21-15

9.30 pm waktu Malaysia ke atas


 

Akhir (11 Ogos 2013)

Lee Chong Wei vs Lin Dan 21-16,13-21,20-17(tarik diri)

6.00 pm waktu Malaysia ke atas


Malaysia Boleh!

Like jika anda suka entri ini dan share dengan rakan anda ;) Tq

Entri berkaitan : astro, badminton, BAM, jadual, keputusan perlawanan, koo kien keat/tan boon heong, lee chong wei, lin dan, live streaming, siaran langsung, super series, visual live score

Tiada ulasan:

Catat Ulasan