Nuffnang

Ahad, 11 Ogos 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b>, Hidayah Sah Bergelar Suami Isteri - Murai.com.my

Posted: 24 Jun 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Sumber HARIAN METRO

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2013: Dengan hanya sekali lafaz pelakon dan pengarah, Pierre Andre, 28, sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang, petang semalam.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali kira-kira pukul 2.10 petang Ahad.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 jemputan itu, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, seutas jam tangan, beg tangan dan dompet, telekung, set minyak wangi, telefon pintar dan tablet serta set barang kemas.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut, coklat, seutas jam tangan, set kamera, set minyak wangi, set permainan video, barang kemas dan sirih junjung. Pengantin perempuan turut menerima mas kahwin RM300 dan RM20,000 sebagai wang hantaran.

Pierre yang menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah berkata jodohnya dengan Hidayah yang mesra disapa Yaya adalah ketentuan daripada Allah SWT selepas dia mengambil keputusan untuk mendalami Islam beberapa tahun lalu.

"Ketika saya mula-mula berhijrah dulu, saya selalu berdoa agar diberikan hidayah. Tidak sangka pula saya mendapat dua hidayah iaitu kesedaran untuk berubah ke arah kebaikan dan isteri bernama Hidayah.

"Jodoh saya dengan Yaya bukan saya yang cari, tetapi satu pemberian daripada Allah SWT yang wajib saya jaga dengan penuh tanggungjawab," katanya selepas upacara persandingan ringkas, semalam.

Pada majlis serba ringkas itu, anak sulung kepada pelakon Khatijah Tan ini memakai sut hitam manakala Hidayah mengenakan baju kurung berwarna putih. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Hidayah di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Majlis resepsi dijangkakan akan dilangsungkan selepas sambutan Aidilfitri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan