Nuffnang

Jumaat, 16 Ogos 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Menangis Ketika Mohon Maaf Isu "Banned" Media | Oh! Artis

Posted: 14 Jul 2013 07:02 PM PDT

ohartis-alyah-sebak-isu-banned-akhbar-2

Nama Penyanyi Alyah menjadi sebutan apabila dia dikatakan ingin mem'banned' sebuah media kerana begitu berkecil hati dengan artikel yang dikeluarkan mengenai hubungan cintanya dengan pengarah muzik, Ramli MS. Namun, Alyah muncul memberi kenyataan bahawa dia tidak berniat untuk banned sesiapa walaupun hatinya benar-benar kecewa dgn isu yang dikeluarkan itu.

"Alyah sebenarnya tidaklah sampai hendak banned mana-mana media mengenai hal yang telah berlaku ini. Cuma Alyah sedikit kecewa dan terkilan kenapa kenyataan itu dikeluarkan sedangkan Alyah tidak pernah memberikan komen apa-apa kepadanya. Alyah sedar mungkin Alyah juga salah tetapi janganlah menghukum Alyah sebegini kerana ini merupakan benda yang agak berat Alyah perlu tempuhi sepanjang bulan yang mulia ini. Sebelum ini, isu baju dan pereka fesyen, dan tahun ini kisah lain pula, Alyah sebenarnya penat untuk bercakap mengenai benda-benda yang sebegini."

"Apabila kejadian ini berlaku, Alyah benar-benar terpinga kerana Alyah rasa tidak ada masalah dengan mana-mana media, dan di kesempatan ini juga Alyah tidak ada masalah untuk meminta maaf sekiranya benar kesalahan itu datang dari diri sendiri."

"Siapalah Alyah untuk banned mana-mana media kerana sepanjang bergelar artis dan sehingga dikenali sekarang disebabkan media banyak membantu, oleh itu tiada sebab untuk saya banned mana-mana media," katanya sayu.

Justeru itu, Alyah dan pengurusnya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada pihak berkenaan sekiranya ada yang terguris hati dengannya. Malah Alyah juga tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan apatah lagi sedang berada di bulan yang mulia ini.

"Saya dengan berbesar hati beserta pihak pengurusan saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan sekiranya sebelum ini saya terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang mengguris hati anda. Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana bagi saya benda ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih efektif," katanya.

Gambar: Roti Kaya

OHARTIS: ELOKLAH SELESAI CARA BAIK. HATI PUN SENANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan