Nuffnang

Jumaat, 16 Ogos 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Faizal Tahir</b> Cipta Lagu Raya Berdasarkan Azam <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2013 09:44 AM PDT

Rangkaian kedai kecantikan dan kesihatan terkemuka, Watsons menganjurkan sebuah kempen, 'Azam Raya Bersama Watsons'  bersempena dengan kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi. Kempen yang bermula sejak 18 Julai 2013 ini membuka peluang kepada pelanggan setia mereka untuk berkongsi azam Raya mereka di laman Facebook, www.facebook.com/watsonsmalaysia.

"Ramadan merupakan bulan yang penuh bermakna bagi semua orang kerana ia menggambarkan perubahan dari segi spiritual dan kami di Watsons sangat gembira untuk berkongsi kempen ini dengan semua pelanggan kami.

Objektif kempen ini adalah untuk memberi ruang serta platform kepada pelanggan yang dihargai untuk berkongsi azam mereka sekaligus memberi inspirasi kepada orang luar di sana melalui azam mereka," ujar Pengarah Bahagian Pemasaran dan Jualan Watsons Personal Care Store Sdn Bhd, Jessica Ng.

Sebagai tanda menghargai pelanggan mereka, Watsons juga akan memberi baucer bernilai RM5 bagi setiap azam Raya yang dimuat naik. Lebih menarik, penyanyi serta komposer terkenal, Faizal Tahir yang juga merupakan duta bagi kempen ini bakal menghasilkan sebuah lagu Raya berdasarkan azam raya yang dimuat naik oleh pelanggan Watsons.

Lagu baru Raya ini akan dilancarkan pada majlis Rumah Terbuka Watsons yang bakal diadakan pada September nanti. Lebih istimewa, Faizal turut akan membuat persembahan di salah sebuah rumah pelanggan bertuah yang terpilih berdasarkan azam Raya yang paling menarik. Malah, Watsons turut akan menaja katering untuk rumah terbuka pemenang bertuah tersebut.

"Saya begitu teruja menjadi sebahagian daripada kempen ini, apatah lagi diberi peluang untuk mencipta sebuah lagu raya buat rakyat Malaysia. Setiap azam yang dimuatnaik melalui laman Facebook Watson akan diambil kira, di mana semakin banyak azam rakyat Malaysia yang dikongsi, maka lebih banyak inspirasi yang saya akan dapat untuk menghasilkan lagu ini," ujar Faizal Tahir teruja.

Jangan ketinggalan untuk berkongsi azam Raya anda di laman Facebook Watsons, www.facebook.com/watsonsmalaysia. Watsons juga akan mengadakan jualan hebat sempena Raya bermula 18 Julai hingga 2 September 2013 di Semenanjung Malaysia dan 25 Julai hingga 9 September 2013 di Sabah dan Sarawak.

Mereka yang berbelanja RM30 ke atas berpeluang untuk mendapat tiket untuk ke sambutan Hari Raya bersama Watsons dan Faizal Tahir di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 6 September 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan