Hans Isaac - Google Blog Search |
<b>Hans Isaac</b> Labur RM750,000 Promosi 'Lemak Kampung Santan <b>...</b> Posted: 06 Aug 2013 09:20 PM PDT Kekurangan penonton untuk menonton filem Melayu membuatkan Hans Isaac sanggup mengeluarkan kos yang tinggi iaitu RM750,00 bagi mempromosikan filem Lemak Kampung Santan terbitan syarikat produksi miliknya, Tall Order Production. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia telah mengumpulkan beberapa petugas untuk memberi fokus pada bahagian pemasaran mempromosikan filem berkenaan dengan lebih dekat. "Saya mahu berkongsi kualiti filem ini dengan semua penggemar filem Melayu. Hampir RM750,000 dilaburkan untuk tujuan promosi filem ini kerana saya lihat masyarakat semakin kurang ke pawagam untuk menonton filem Melayu. "Sebab itu saya promosikan filem ini sebaik mungkin. Malah pihak Tall Order juga menganjurkan pertandingan di mana pemenangnya dapat bercuti bersama para pelakon-pelakonnya. "Malah kami turut menjelajah ke seluruh negara memperkenalkan filem ini kepada orang ramai," katanya. Tambah Hans, pihaknya juga membuat iklan secara besar-besaran menerusi media cetak dan elektronik termasuklah medium sosial Internet. Lemak Kampung Santan mengisahkan Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa). Filem ini turut dibintangi antaranya Natasha Hudson, Nadia Mustapha, Nadia Heng, Adlin Aman Ramli, Mat Over, Ridzuan Hashim, Datuk Jalaludin Hassan dan Harith Iskandar. Beritahu Hans, filem ini mungkin sangat klise, sama seperti dengan filem cinta yang ada namun, selepas 16 kali skrip diolah, plot penceritaannya dipadatkan sehingga mengandungi pelbagai mesej yang sarat. "Apa-apa pun, filem ini terdapat banyak plot yang mengejutkan penonton dan mereka akan sedar ia bukan sebuah filem cinta sebenarnya. "Bagi saya, permulaan dan nadi sebuah cerita adalah skrip. Apabila penonton datang ke panggung, apa yang mereka ingin tengok adalah kandungan dan penceritaan. "Pada permulaannya, saya ingin memasukkan dua atau tiga cerita dalam satu filem. Namun setelah berbincang dan melakukan rombakan hampir 16 kali terhadap skrip, maka terhasillah Lemak Kampung Santan yang padat dengan komedi bermesej. "Kemudian, saya juga turut menyelit suasana cinta ala Bollywood. Konsep lelaki kaya jatuh cinta dengan gadis miskin sering kali menjadi pengisian dalam filem Bollywood tetapi satu dunia menyukainya. Jadi tidak salah saya menggunakan sedikit elemen itu di dalam filem ini," ujarnya. Lemak Kampung Santan bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama iaitu Khamis. Selain itu, penonton juga berpeluang untuk memenangi peraduan bercuti bersama Neelofa dan barisan pelakon yang lain ke Langkawi selama lima hari dengan cara mendapatkan sebanyak lima tiket wayang. Dan kemudian, tiket tersebut dimasukkan ke dalam sampul surat bersama borang peraduan. Sampul tersebut boleh diberikan kepada kaunter mana-mana pawagam yang menayangkan filem tersebut. - mStar |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan