Nuffnang

Jumaat, 16 Ogos 2013

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search


<b>Ezany Nizariff</b> Bagi Masa 3 Hari Untuk Penerbit Bayar Hutang <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2013 08:16 PM PDT

Ezany-Nizariff

Pelakon Ezany Nizariff memberikan tempoh selama tiga hari kepada penerbit NR Network untuk menyelesaikan hutang tertunggak mereka kepadanya dan juga kru drama Titian Dua sebelum kes berkenaan dibawa ke stesen televisyen, RTM.

Ezany, 40, berkata, sekiranya pihak produksi tersebut tidak memberi sebarang respons, dia akan mengumpulkan semua laporan polis yang dibuatnya bersama enam kru drama terbabit untuk diserahkan kepada stesen berkenaan supaya tindakan boleh diambil.

"Saya memberi tempoh masa selama tiga hari bermula hari ini (Isnin) kepada NR Network. Jika tidak, saya akan mengambil tindakan seterusnya dengan mengumpulkan semua laporan polis untuk dibawa ke RTM dan meminta pihak mereka membekukan bayaran terhadap syarikat tersebut."

"Bukan itu sahaja, saya juga akan ke stesen televisyen lain meminta pihak mereka untuk memboikot produksi itu. Mereka bukan sahaja tidak membayar baki duit gaji kami, tetapi terdapat pelbagai masalah lain yang sudah berlaku."

"Ini ertinya syarikat tersebut mempunyai reputasi yang teruk. Mereka tidak layak menerima sebarang projek drama daripada mana-mana stesen televisyen," tegasnya.

Ezany ditemui selepas dia bersama enam orang kru produksi membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini pada petang Isnin bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar sejak empat bulan lalu.

Dia bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Ezany memberitahu baki bayaran yang perlu dijelaskan kepadanya adalah sebanyak RM3,500 manakala kru-kru produksi lain dianggarkan tidak mendapat upah mereka di antara RM20,000 hingga RM30,000 secara keseluruhan.

Tambah pelakon itu lagi, sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab memantau kes-kes syarikat produksi yang tidak membayar gaji kepada para pelakon dan kru di mana ia kerap kali berlaku dalam industri seni negara.

"Perkara ini bukanlah satu benda yang baru. Sebelum ini saya sudah banyak kali menjadi mangsa tipu. Bukan saya sahaja, bahkan pelakon lain juga pernah mengalami situasi begini.

"Saya minta kepada mana-mana persatuan yang bertanggungjawab untuk lebih peka dengan perkara ini. Jika tidak, sampai bila pun industri seni kita hanya dipenuhi dengan masalah sahaja," katanya.

Kru yang membuat laporan ialah Mohamad Al Afiq Md Jamil, 26, Khairunisa Zainudin, 26, Fauziah Shamsuddin, 25, Intan Salwani Daud, 35, Emilia Samsudin, 35, dan Amiludin Daud, 39.

Sementara itu Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosli berkata pihaknya kesal apabila terdapat syarikat produksi yang gagal melunaskan upah kepada pekerja mereka yang terdiri daripada pelakon dan juga kru.

Katanya, pihak penerbit seharusnya bersifat majikan yang prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja dan bukan menindas mereka dengan mengelak untuk membuat pembayaran selepas tamat penggambaran.

"Saya benar-benar simpati dengan nasib yang menimpa pihak Ezany dan juga kru yang terlibat. Pihak PTVM akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut ini," katanya

Jurey berada di London selepas menyertai 'Festival De Television de Monte Carlo' yang berlangsung dari 9 hingga 13 Jun lalu.

Beliau yang juga Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkata, PTVM juga akan berbincang dengan stesen televisyen agar isu sebegini tidak lagi berlaku selain ingin memastikan penerbit yang diberi projek pembikinan drama tidak mempunyai masalah kewangan.

"PTVM berharap pada masa hadapan artis atau kru yang mempunyai sebarang masalah dengan penerbit dapat merujuk kes mereka kepada kami terlebih dahulu bagi membolehkan pihak kami berbincang dengan persatuan lain agar tiada pihak yang teraniaya," katanya.

KB Shouts : ada lagi penerbit penipu ni
Sumber : mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan