Nuffnang

Khamis, 22 Ogos 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Faizal Tahir</b> Tak Salahkan Label - Gua.com.my

Posted: 27 Jul 2013 09:04 AM PDT

Walaupun lagu 'Biar' nyanyian penyanyi popular, Faizal Tahir sering kali berkumandang di corong-corong radio tempatan, namun ramai peminat bagaikan tidak tahu bahawa album yang memuatkan lagu itu sudah berada di pasaran.

"Saya tidak tahu di mana silapnya. Memang ada peminat yang bertanya mengenai album ketiga ini. Mungkin promosi kurang baik. Tetapi, saya tidak menyalahkan label atau pihak pengurusan saya," ujar Faizal ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Restoran Bora Asmara di Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sudah berada di pasaran sejak empat bulan lepas, namun sambutan yang diberikan terhadap album tersebut agak perlahan. Faizal merancang untuk duduk berbincang dengan pihak pengurusan dan labelnya bagi meneliti punca serta mencari penyelesaian.

Selain itu, Faizal turut menegaskan yang dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang mengatakan dia di'gam'. Sebaliknya, isu itu menjadi hangat tanpa ada sebarang kenyataan daripadanya.

"Sehingga ke hari ini saya tiada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut. Masyarakat kita mudah melatah. Yang penting saya tahu kedudukan saya dan cerita yang sebenarnya," tegas Faizal.

Dalam masa yang sama, Faizal turut berkongsi berita gembira dengan kelahiran cahaya mata kelimanya. Puteri yang diberi nama Siti Mawar Malaeka itu menambah keceriaan Syawal kepada keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan