Nuffnang

Khamis, 22 Ogos 2013

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


Super Spontan 2 Tampilkan Almy Nadia, <b>Noorkhiriah</b> - Murai.com.my

Posted: 20 Aug 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2013: Setelah menobatkan pelawak, Zizan Razak sebagai juara pada musim lalu, program realiti bercorak permainan komedi, Super Spontan kembali untuk musim kedua.

Meskipun masih mengekalkan Tauke Jambu, Rahim R2 dan Suhaimi Yusof sebagai peserta yang sama daripada musim lalu, namun program realiti yang akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna itu bakal menampilkan ramai wajah-wajah baru seperti Along Raja Lawak, Yus Jambu, Nabil Raja Lawak, Ajak Shiro, Shuib Sepahtu, Eko SayWho, Munir, Jep Sepatu serta dua peserta wanita Almy Nadia dan Noorkhiriah.

Penerbit Super Spontan musim kedua (SS 2), Afdlin Shauki berkata wajah-wajah baru yang dipilih kali ini diyakini antara selebriti yang berani menyahut cabaran untuk beraksi secara spontan.

"Kami sengaja menampilkan muka baru dan lama untuk digabungkan dalam musim terbaru ini. Ini kerana kami menjangkakan persaingannya akan lebih sengit memandangkan para peserta sudah semakin selesa dengan format program ini dan bersedia untuk mempamerkan persembahan yang terbaik.

"Bukan mudah untuk memanggil selebriti untuk menyertai program ini kerana rata-ratanya takut dan bimbang untuk menyahut cabaran ini. Jadi peserta yang menyertai Super Spontan ini adalah di kalangan yang terpilih.

"Mereka bukan perlu spontan tapi perlu berfikiran kreatif dan punya perangai yang gila-gila sahaja ketika bersama Super Spontan. Itu sahaja kriteria yang boleh saya beritahu.

"Seperti Almy Nadia, ramai yang tak tahu dia punya bakat tersendiri dalam bidang komedi dan tak ramai wanita boleh melakukannya. Disebabkan itu hanya ada dia dan Noorkhirah sahaja sebagai peserta wanita yang setakat ini berani menyahut cabaran ini," katanya dalam sidang media Super Spontan musim kedua di Saloma Bistro, petang tadi.

SS 2 akan bersiaran menerusi Astro Warna di saluran 132 dalam pakej Mustika setiap Jumaat bermula 30 Ogos 2013, jam 10 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134).

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata format asal masih dikekalkan seperti musim lalu, cuma bezanya menampilkan gandingan 2 penyampai radio Era FM, Ray dan Haniff sebagai pengacara terbaru.

"Kami masih mengekalkan format asal, SS 2 bakal bersiaran selama 10 minggu dengan menampilkan gandingan 2 penyampai radio Era FM, Ray dan Haniff sebagai pengacara terbaru selain membawakan sekali lagi Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengulas.

"Berdasarkan persembahan mingguan, nasib setiap kumpulan akan ditentukan sepenuhnya oleh undian SMS daripada penonton. Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala markah tertinggi akan memenangi RM4000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan manakal yang tewas akan menyumbang RM 2000.

"Sementara pada pusingan akhir, juara Super Spontan pula akan membawa pulang wang tunai RM100 000," jelasnya.

Seperti musim lalu, 14 peserta terbabit akan dibahagikan kepada 2 kumpulan tetapi dengan nama yang baru iaitu Ketam Konfius dan Semut Sentap.

Menerusi kumpulan yang diwujudkan itu, dua pengurus atau pengatur strategi telah dilantik iaitu Rashid Salleh dan Razif Hashim.

Kumpulan Ketam Konfius yang diuruskan oleh Razif Hashim akan dianggotai oleh Along Raja Lawak, Yus Jambu, Shuib Sepahtu, Nabil Raja Lawak, Suhaimi Yusof, Munir dan Almy Nadia.

Manakala Rashid Salleh yang dikepalai oleh Rashid Salleh akan disertai oleh Ajak Shiro, Tauke Jambu, Rahim, Johan Raja Lawak, Eko SayWho, Jep Sepahtu dan Noorkhiriah.

Para peminat boleh mengikuti perkembangan terkini Super Spontan musim kedia di akaun Twiiter @SuperSpontan dan Facebook di www.facebook.com/SuperSpontanyang turut memberi pengalaman bermain Fantasi Super Spontan bermula 2 September. Untuk sebarang berita, gambar dan video eksklusif, layarilah laman web rasmi di www.superspontan.com.mybermula 26 Ogos 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan